Home Top Ad

Pengguna iOS, sudah sedia untuk emoji baharu?


Cara kita berkomunikasi hari ini sangat berbeza dengan sepuluh tahun lalu.

Manusia sekarang tidak lagi menzahirkan emosi sesama sendiri dengan bercakap, tetapi lebih kepada komunikasi digital melalui penghantaran mesej.

Oleh itu, kegunaan "emoji" untuk menzahirkan emosi adalah lebih popular dalam kalangan generasi hari ini.

Berita baik kepada pengguna iOS kerana akan ada pertambahan kepada koleksi emoji kegemaran anda!

Ini beberapa emoji yang akan baharu pada iOS anda.

Bubble tea (teh boba)

Teh boba bukan hanya sejenis minuman, tetapi ia budaya dan cara hidup lagi-lagi kepada anak-anak muda.

Tidak hairan kenapa iOS mengeluarkan set emoji baharu termasuk emoji teh boba.

Ninja, burung dodo


Antara emoji lain yang anda boleh guna tidak lama lagi termasuk emoji ninja dan burung dodo.

Ya, mesti anda terfikir mengapa iOS memilih untuk melibatkan kedua-dua ini kerana tak berapa popular pada zaman ini.

Jangan terkejut, mesti ramai peminat burung yang sudah pupus itu dan mempunyai cita-cita menjadi seorang ninja pada suatu hari nanti, akan rajin mengguna kedua-dua emoji itu.

Simbol transgender

Pergerakan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) lebih popular di dunia Barat.

Kini mereka yang menyokong boleh menggunakan emoji simbol ini selain emoji pelangi untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap peregerakan tersebut.


Memoji pakai mask

Pandemik COVID-19 sudah mempengaruhi cara kehidupan kita semua, dan pelitup muka sudah menjadi fesyen di mana hampir semua orang akan memakainya di tempat awam.

Emoji juga tidak ingin ketinggalan dalam fesyen ini juga, oleh itu pengguna iOS yang suka gunakan memoji atau emoji muka anda sendiri yang boleh memakai pelitup muka.

Menurut Emojipedia, emoji baharu lain adalah jari mencubit, boomerang, duit syiling, jantung dan paru-paru anatomi dan lain-lain.

Engadget Japanese menjangkakan emoji-emoji baharu ini akan keluar bagi pengguna iOS 14 yang akan dilancarkan musim luruh akan datang.

Jadi yang mana satu menjadi emoji pilihan anda?

Foto Cover: Emojipedia

Pengguna iOS, sudah sedia untuk emoji baharu? Pengguna iOS, sudah sedia untuk emoji baharu? Reviewed by Hilal Azmi on July 18, 2020 Rating: 5

No comments