Home Top Ad

Ruginya Tak Makan Tauge




Ini bukan nak mengecam orang tapi kami ada terbaca yang ramai tak suka makan tauge. 

Tak sangka makanan yang terhasil daripada eksperimen masa tadika dan sekolah rendah ini ada pelbagai khasiat.

Tak susah pun, kunyah dan telan je tauge anda boleh dapat ENAM khasiat ini:

Protein

Tauge sebenarnya mempunyai jumlah protein dua kali ganda daripada daging lembu atau ayam.

Bagi lelaki yang tak subur, protein ini baik untuk meningkatkan kesuburan dan macam-macam lagi manfaat lah.

Serat

Kalau makan banyak tauge, ia juga bagus untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Apa guna serat ni lagi? Serat boleh meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya, sekali gus membantu mengawal berat badan. 

Enzim

Dah ada serat ada pula enzim yang bagus untuk proses pencernaan dan mampu menangani masalah penghadaman dan perut kembung.

Kalau perut rasa macam buncit (sebenarnya kembung), mungkin tauge dapat menyelesaikan masalah itu kerana ia mengandungi 100 kali ganda enzim berbanding sayur lain.

Antioksidan

Walaupun kacang hijau/hitam tu kecil, tauge ni bagus untuk memperbaiki fungsi otak. 

Inilah fungsi antioksidan dan asid amino yang terdapat dapat tauge, selain melawan kanser dan juga amalan untuk awet muda.

Asid Lemak

Kalau tak gemar makan telur dan makanan laut, paling senang nak dapatkan asid lemak omega-3 adalah dengan memakan tauge.

Macam-macam Vitamin

Tauge ada vitamin A, C,E dan pelbagai lagi kumpulan vitamin B yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.

Apa lagi pergi la cari tauge sekarang. Semua mempunyai taste masing-masing tapi tauge ni dimakan untuk khasiatnya.





Ruginya Tak Makan Tauge Ruginya Tak Makan Tauge Reviewed by Hilal Azmi on July 07, 2020 Rating: 5

No comments