Home Top Ad

Sah Samsung Z Flip 5G akan dilancarkan


Bukan sahaja Samsung Note 20 Ultra dan Galaxy Tab S7 akan dilancarkan pada acara Samsung Unpacked 2020 bulan depan, tetapi juga Samsung Z Flip 5G.

Ini gara-gara terbocor video promosi untuk telefon pintar itu.





Berdasarkan video ini nampak gaya macam ia akan datang dengan dua warna, termasuk Mystic Bronze, mungkin kerana untuk selari dengan pelancaran Note 20 Ultra dan satu lagi warna kelabu gelap.

Namun Z Flip juga akan datang dengan warna Mirror Purple, Mirror Black dan Mirror Gold.



Tak banyak perbezaan Flip baharu dengan sebelumnya cuma ia mampu untuk disambungkan kepada perkhidmatan 5G dengan khabar angin menyatakan ia akan datang dengan kamera hadapan 10 megapiksel dengan kanta luas ultra.

Laporan wartawan teknologi, Max Weinbach, Z Flip baharu adalah 0.5mm lebih tebal dan 0.1mm lebih panjang.

Sah Samsung Z Flip 5G akan dilancarkan Sah Samsung Z Flip 5G akan dilancarkan Reviewed by Hilal Azmi on July 14, 2020 Rating: 5

No comments