Home Top Ad

Sebab apa Wimbledon hanya benarkan pakaian putih sahaja


Segala kejohanan tenis di dunia ini membenarkan para pesertanya mengenakan apa sahaja warna pakaian semasa bermain, kecuali di Wimbledon.

Ia merupakan perkara yang digariskan dalam peraturan kejohanan berprestij sejak 1877 itu. Tapi kenapa kod pemakaian ini terlalu penting?

Sebabnya, ketika undang-undang perlawanan digubal oleh All England Racket Club Lawn Tennis and Croquet Club pada sekitar 1880-an, kesan peluh dilihat sebagai 'tidak sopan'. Inappropriate orang putih kata.

Oleh kerana peluh lebih senang dan jelas kelihatan pada pakaian berwarna lain, maka kelab memutuskan supaya satu standard warna pemakaian yang kurang menyerlahkan kesan peluh iaitu putih, dipilih.

Bagaimanapun sehingga hari ini selepas 143 tahun penganjurannya, ia masih menjadi isu kontroversi dan ramai pemain yang tidak berapa senang dengan peraturan itu. 

Legenda Amerika, Andre Agassi enggan menyertai Wimbledon sejak tahun 1988 hingga 1990 kerana dia hanya selesa bermain dalam pakaian yang berwarna-warni dan terang.

Malah, pemain tenis terulung sepanjang zaman, Roger Federer juga ditegur Wimbledon pada 2013 hanya kerana tapak kasutnya sahaja yang berwarna oren. Ia memaksa Federer untuk menukar kasutnya untuk perlawanan berikutnya. *macam memang sudah bersedia. Iklan kasutlah, apa lagi.

Pada tahun berikutnya pula, pemain tenis Czech, Martina Navratilova juga diberi amaran oleh para pengadil kerana jalur biru para skirtnya tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Wimbledon masih terus bertegas dengan kod undang-undangnya itu, malah pada tahun sama 2014 ia diperketatkan lagi. Antara kandungan dalam perintah yang terbahagi kepada 10 bahagian itu adalah:

- Putih tidak termasuk 'off-white' atau krim.
- Hanya boleh ada "satu jalur warna dengan lebar tidak melebihi 1cm.
- "Sebarang pakaian dalam yang berwarna  sama ada yang berpotensi atau memang boleh kelihatan ketika bermain (termasuk disebabkan perpeluhan)" adalah tidak dibenarkan.

Asalnya peraturan pemakaian semua putih ini digubal pada kurun ke-19 untuk orang-orang British ini menjaga prestijnya. Zaman itu, berpeluh dianggap sebagai tidak sopan. *dah namanya sukan, takkan tak berpeluh.

Lama kelamaan mengikut peredaran zaman dan 'tekanan' daripada para pemain yang degil, Wimbledon mengolah peraturan pemakaiannya. Tapi tetap tegas dengan hal putihnya, sebagai tradisi kejohanan tertua di dunia itu.

Ok lah tu, unik berbanding kejohanan-kejohanan lain. Tapi penaja lah pening kepala, macam mana nak iklankan barang dia.



Sebab apa Wimbledon hanya benarkan pakaian putih sahaja Sebab apa Wimbledon hanya benarkan pakaian putih sahaja Reviewed by Hilal Azmi on July 11, 2020 Rating: 5

No comments