Home Top Ad

Senaman dengan selamat di atas bumbung tengok KLCC


COVID-19 banyak mengubah cara kehidupan kita, dari cara kita bergaul hingga ke cara kita bersenam kerana semua bimbang dijangkiti virus yang masih belum ada vaksin itu.

Ketika kebanyakan perniagaan bergelut dalam tempoh PKP, seorang usahawan muda mengambil peluang daripada segala kekecohan yang melanda untuk memulakan perniagaan bersesuaian dengan normal baharu. 

Salah seorang daripadanya adalah pengasas dan pemilik Oxygen Cycle, Aiman Asmawar atau lebih dikenali sebagai AimanOX.

Aiman bukan tutup perniagaan tetapi membuka perniagaan baharu iaitu gimnasium (gim) berkonsep berbasikal outdoor yang pertama di Malaysia.

Aiman Asmawar (duduk) memperkenalkan konsep senaman di normal baharu di Oxygen Cycle.

Apa yang menarik di Oxigen Cycle dan kenapa ia sesuai dibuka pada waktu pandemik ini? Ini EMPAT perkara menarik tentang konsep senaman baharu di Kuala Lumpur.

Dirancang pembukaan semasa PKP dan dibina ikut SOP


Oxygen Cycle bagai bulan jatuh ke riba bagi Aiman kerana berjaya dibina dalam masa yang singkat semasa dunia masih kecoh dengan penularan COVID-19.

"Saya mula perancangan untuk membuka gim ini di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia siap dalam masa dua minggu sahaja semasa PKPB. 

"Ia dibina seiring dengan situasi pandemik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP)," kata Aiman. 

Konsep gim ini turut direka supaya lulus semua kriteria SOP yang dikehendaki oleh kerajaan sewaktu pandemik iaitu mementingkan penjarakan sosial walaupun di kawasan terbuka.

Pemandangan hutan konkrit

Foto: IG @colony.work

Evolusi senaman berbasikal setempat telah banyak berubah, daripada konsep tenaga pengajar yang menggunakan televisyen (TV) untuk memberikan ilusi pemandangan di luar, kepada tenaga pengajar berbasikal seirama dengan muzik dan kini berbasikal seirama dengan pemandangan persekitaran KL.

Di Oxygen Cycle, menara berkembar KLCC menjadi salah satu pemandangan ikonik sewaktu melakukan senaman, malah jangan terkejut jika anda ternampak burung helang berterbangan di celah bangunan!

Kebersihan diutamakan


Oxygen Cycle mempunyai konsep "jaga sendiri, bersih sendiri" atau "self care, self clean", di mana setiap kelas akan diakhiri dengan penunggang membersihkan basikal yang diguna sanitasi.

"Konsep ini sebenarnya sudah dipraktikan di kelas-kelas yoga dan kelas berbasikal irama di negara-negara Eropah, jadi saya rasa ia sangat sesuai untuk menjadi kebiasaan di negara kita juga, lagi-lagi kerana COVID-19," tambah Aiman.

Selain memastikan setiap basikal dibersihkan oleh penunggang, kakitangan Oxygen Cycle turut akan membersihkan alat senaman itu untuk kali kedua, bagi memastikan tiada risiko pencemaran mikro.


Jangan terlepas matahari terbit/terbenam 


Pemandangan kelas pada waktu malam sangat menarik! Foto: IG @oxygencycle

Waktu paling menarik untuk bersenam di Oxygen Cycle ialah kelas pada pukul 7:15 pagi dan kelas pada waktu malam.

Pada waktu pagi anda akan disajikan dengan pemandangan matahari terbit manakala pada waktu senja matahari terbenam dan pada sebelah malam cahaya KL, terutama sekali KLCC. 

Hirup udara segar di tingkat yang tinggi sambil bersenam mengikut irama muzik di waktu yang paling sesuai dengan anda.


Senaman dengan selamat di atas bumbung tengok KLCC Senaman dengan selamat di atas bumbung tengok KLCC Reviewed by Hilal Azmi on July 03, 2020 Rating: 5

No comments