Home Top Ad

Super Mario Bros 1985 jadi video game termahal di dunia


Apakah video game yang paling mahal di dunia?

Percaya atau tidak, ia adalah video game atau permainan video yang dibuat pada 1985, iaitu edisi pertama Super Mario Bros untuk Nintendo Entertainment System.

Kartrij yang masih belum dibuka bungkusannya itu dijual pada harga RM485,583 pada lelongan antarabangsa yang diadakan Heritage Auctions pada Jumaat.

Perkara itu dilaporkan wartawan permainan video, Chris Kohler, namun pemenang bidaan tidak diketahui.


Jumlah tersebut mengatasi permainan video Nintendo World Championship, juga keluaran Nintendo yang dilelong pada harga AS$100,088 (RM426,324) pada 2014 di eBay.

Hanya 116 keping kartrij Nintendo World Championship dikeluarkan 30 tahun lalu dan terdapat kejohanan yang dianjurkan sehingga 2017.

Berbeza dengan game Super Mario Bros, lebih 40 juta keping dijual sepanjang sejarah pembikinanya.


Super Mario Bros 1985 jadi video game termahal di dunia Super Mario Bros 1985 jadi video game termahal di dunia Reviewed by Hilal Azmi on July 13, 2020 Rating: 5

No comments