Home Top Ad

Tanzanite, permata yang lagi 'rare' daripada berlian


Tanzanite adalah sejenis batu permata yang paling jarang ditemui atau paling rare di dunia.

Ia hanya boleh ditemui di kawasan kecil seluas empat kilometer lebar dan dua kilometer panjang di kaki gunung Kilimanjaro, wilayah Manyara di utara Tanzania.

Persekitaran dan keadaan unik ketika pembentukannya kira-kira 585 juta tahun dahulu menjadikan kebarangkalian untuk menemui batu dengan sifat dan kualiti sebegitu di tempat lain di muka bumi ini hanya satu dalam sejuta.

Bermakna, batu tanzanite ini 1,000 kali lebih rare daripada batu berlian.

Batu berwarna biru ini pertama kali diteroka pada sekitar 1960-an oleh Tiffany & Co., di mana syarikat pembuat barang kemas tersohor itu mengatakan bahawa ia adalah batu paling cantik yang pernah ditemui dalam tempoh 2,000 tahun.

Bagaimanapun, kejarangannya tidak mencerminkan nilai pasarannya apabila hanya dijual sekitar AS$300 hingga AS$600, jauh lebih murah daripada harga berlian.

Ketika ini, harga borong sedunia bagi batu tanzanite kasar dianggarkan pada AS$50 juta. Sementara harga berlian kasar pula, menurut laporan industri Bain & Company pada 2010 adalah AS$ 12 bilion.

Kenapa tanzanite yang lebih rare daripada berlian boleh jadi lagi murah?


Tanzanite mempunyai potensi yang sangat besar untuk Tanzania, namun masa semakin suntuk dan industri amat memerlukan perubahan besar-besaran dan reformasi struktur.

Oleh kerana ia datang dari satu sahaja sumber dan amat terhad, para ahli geologi menganggarkan bekalannya hanya dapat bertahan dalam tempoh 25 tahun akan datang. Kerana itu ia juga digelar 'permata satu generasi'.

Walaupun kawasan perlombongannya di bawah kuasa kerajaan Tanzania yang dikatakan bermatlamat memupuk industri tempatan, penguatkuasaannya sangat lemah dan pada masa sama rancak berlaku kegiatan penyeludupan.

Maka, banyak bekalan batu tanzanite keluar secara haram daripada diusahakan oleh pertubuhan perniagaan yang kukuh dan sah. Tambahan pula, kurangnya kemahiran dan pengetahuan untuk mengolah industri turut menyumbang kepada masalah ini.

Kawasan perlombongan tanzanite dibahagikan kepada empat bahagian (A,B,C,D) Konsesi blok C yang paling besar antara kesemuanya berada di bawah kawalan TanzaniteOne,  satu-satunya syarikat perlombongan dan pemprosesan batu tanzanite yang bertauliah. Sementara tiga blok yang lain diekspoit oleh pelbagai pelombong kecil, sederhana, bebas dan artisan.

Apabila ada lambakan batu tanzanite di pasaran yang dijual dengan harga murah oleh pelombong-pelombong kecil ini, maka sukar untuk TanzaniteOne untuk menetapkan harga standard yang sesuai.

Panjang cerita konflik industri tanzanite di Tanzania ini, pokoknya peranan kerajaan untuk menguatkuasakan polisi yang menguntungkan negara selain ketegasan dalam membanteras kegiatan penyeludupan batu permata berharga tersebut.

Perihal rarity batu galian bumi Afrika ini semacam sesuatu yang menginspirasikan kisah mineral asli vibranium yang hanya ditemui di Wakanda dalam dunia fiksyen Marvel.

*Sumber gambar daripada Wikipedia & Pinterest

Tanzanite, permata yang lagi 'rare' daripada berlian Tanzanite, permata yang lagi 'rare' daripada berlian Reviewed by Hilal Azmi on July 27, 2020 Rating: 5

No comments