Home Top Ad

Tinder lagi laku daripada Netflix semasa lockdown



Masa lockdown, rupa-rupanya ramai sibuk mencari jodoh, bukan sibuk menonton kandungan daripada aplikasi penstriman video.

Ini terbukti apabila aplikasi Tinder mengatasi jumlah pendapatan Netflix dan juga Disney+.

Itulah data yang diperoleh Sensor Tower yang menunjukkan Tinder berada di tempat ketiga paling laku pada Mei 2020, di belakang Youtube dan TikTok.

TikTok mendahului carta top 10 dengan lebih daripada AS$90.7 juta (RM387.2 juta), 10.6 gali ganda daripada apa yang diperoleh pada Mei 2019.


Bagaimanapun 89% daripada pendapatan itu adalah daripada TikTok di China, yang dipanggil Douyin, manakala 6% dari Amerika Syarikat dan 1.2% lagi dari Turki.

Youtube di tempat kedua dalam senarai aplikasi bukan permainan ini dengan AS$78.4 juta, 77.3% peningkatan berbanding Mei tahun lepas.

Tinder di tempat ketiga dengan AS$36 juta, yang turut menyaksikan 2 juta muat turun bagi aplikasi itu pada Mei 2020.

Netflix di tempat ke-6 mendapat 13 juta muat turun pada Mei 2020 namun jumlah pendapatan tidak dicatat pada data di Sensor Tower.

Jumlah muat turun yang tinggi itu mungkin menandakan bahawa jumlah pendapatan Netflix mengatasi DIsney+ di tempat ketujuh yang mendapat AS$19 juta.

Senarai Top 10 aplikasi bukan permainan bagi Mei 2020.



Tinder lagi laku daripada Netflix semasa lockdown Tinder lagi laku daripada Netflix semasa lockdown Reviewed by Hilal Azmi on July 09, 2020 Rating: 5

No comments