Home Top Ad

Trend fesyen wanita dan maksud disebaliknya

Puteri Whales, Puteri Diana memakai baju-T sejuk berhud dan seluar basikal di London, UK.
Foto: Kieran Doherty, Reuters
Perasan tak, pakaian, aksesori dan gaya fesyen ibu bapa kita zaman mereka muda-muda dulu sekitar tahun 1960 hingga 2000 sekarang menjadi "trendy" semula?

Tetapi bukankah itu fesyen lama? Kenapa ia dikagumi pada tahun 2020?

Adakah seluar slack dan baju kota-kotak yang atuk nenek kita pakai dulu satu trend hari ini? 

Mungkin itu tidak berapa tepat kerana ia lebih kepada trend vintage atau gaya fesyen lama, namun tak mustahil gaya itu menjadi trend semula tidak lama lagi, siapa tahu.

Trend fesyen dikitar semula dan ia merupakan satu putaran yang mana trend lama akan diubah suai mengikut zaman sekarang, namun intipati gaya itu tetap sama.

Ini beberapa trend wanita to look out for pada tahun 2020, serta maksud disebalik trend itu dikembalikan.


Hoodie, sweatpants

Kim Kardashian bersantai di rumah dengan set baju sejuk berwarna kelabu.
Foto: Instagram @kimkardashian
Nampaknya pandemik COVID-19 telah mengembalikan satu gaya lama iaitu gaya "duduk rumah" atau loungewear.

Hoodie, sweatpants, sweatshorts dan sweatskirt kini menjadi satu stail yang digemari ikon popular dan selebriti antarabangsa seperti Kim Kardashian West, Hailey Baldwin Bieber dan bintang TikTok, Chalie D'Amelio. 

Tetapi apa sebenarnya maksud disebalik trend baju sejuk ini? Menurut Women's Evolving Lives: Global and Psychosocial Perspectives oleh Carrie M. Brown, fesyen wanita berubah selari dengan status sosialnya.

Baju-T sejuk bersaiz besar digayakan dengan seluar basikal.
Foto: Instagram @sarayamia
Sebagai contoh, pergerakan tuntutan hak saksama wanita telah memberi semangat untuk kaum itu memakai pakaian sama dengan kaum lelaki yang sekaligus menimbulkan gaya fesyen "tomboy".

Baju-T bersaiz besar

Jenny Blackpink menggayakan baju-T bersaiz besar supaya menyerupai gaun.
Foto: Instagram @jennierubyjane
Baju-T bersaiz besar merupakan lagi satu fesyen bersifat "tomboy", namun sering digayakan sejak kebelakangan ini oleh wanita setiap golongan, bukan untuk menyerupai lelaki tetapi lebih untuk nampak santai dan masih bergaya.

Kim Raymond tampil santai dengan baju-T bersaiz besar dengan jeans, topi baldi dan selipar.
Foto: Instagram @kimchiraymond
Jadi apa sejarah gaya fesyen baju bersaiz besar ini? Pada asalnya fesyen seperti ini digayakan oleh penyanyi hip-hop pada tahun 80 hingga 90-an serta menjadi fesyen kepada budaya pemain skateboard yang majoritinya lelaki.

Tetapi zaman sekarang, fesyen ini bukan sahaja dipakai lelaki tetapi juga wanita, yang mana ada segelintir mereka mendakwa sukakan gaya ini supaya bentuk badan mereka dapat disembunyikan, dan ada juga yang mendakwa mereka bukan bersifat "tomboy" tetapi terpengaruh dengan gaya hip-hop atau rock and roll, mengikut cita rasa dan jiwa masing-masing.

Gaun, baju satin

Wan Nur Syaira menunjuk sifat kewanitaannya dalam gaun satin berwarna unggu.
Foto: Instagram @wannursyaira
Gaun dan baju yang diperbuat daripada satin, sutera atau satin palsu merupakan satu trend yang dikembalikan semula daripada era awal 2000.

Trend yang menggambarkan gaya kemewahan dan kewanitaan ini berasal daripada negara China di mana golongan bangsawan China telah memakai gaun satin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan mereka, selain dijadikan trend sebagai pakaian dalam pada tahun 1800-an oleh kerana tekstur yang lembut dan selesa.

Hailey Baldwin menggayakan gaun satin dengan kasut sniker.
Foto: Pinterest
Pada hari ini, trend itu sentiasa dipakai oleh ramai pengpengaruh media sosial dan selebriti di Malaysia dan antarabangsa, mungkin kerana ingin tampil mewah tetapi tidak melupakan elemen keselesaan.




Trend fesyen wanita dan maksud disebaliknya Trend fesyen wanita dan maksud disebaliknya Reviewed by Hilal Azmi on July 05, 2020 Rating: 5

No comments