Home Top Ad

Trump buktikan dia tak nyanyuk dengan menghafal lima perkataan



Ya, Donald Trump tak nyanyuk dan masih waras.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sekali lagi dijadikan bahan jenaka dan kena troll apabila mendakwa menghafal lima perkataan semasa menjalani Ujian Kognitif Montreal (MoCA) adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Lima perkataan itu adalah manusia, wanita, lelaki, kamera dan televisyen - jika seseorang dapat menyebut kembali ikut turutan, ia satu pencapaian yang amat hebat.

Itu kata Trump lah, bukan saja lulus ujian, siap kata dapat markah ekstra untuk ujian itu kerana boleh hafal ikut turutan.

Ini bermakna, orang tua berusia 74 tahun itu tak nyanyuk!

Trump sangat bangga dengan pencapaiannya itu dengan berulang kali Trump menegaskan pencapaian yang dianggap sangat susah itu dalam temu bualnya bersama Fox News.

Dengan menghafal lima perkataan itu, dia gunakannya sebagai senjata untuk menewaskan musuh Democrat, Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden AS, November ini.


Apakah Ujian Kognitif Montreal (MoCA)?

Ujian berdurasi sepuluh minit itu adalah satu ujian bagi memudahkan doktor menilai tahap kognitif seseorang, lagi-lagi bagi mereka yang berkemungkinan menghidap penyakit hilang ingatan seperti demensia atau Alzheimer's.

Untuk apa Trump ambil ujian itu?

Soalan cepumas, jika anda pernah tengok Presiden Trump di hadapan TV, anda mesti faham mengapa dia patut mengambil ujian itu. 

Baru-baru ini, Trump yang lantang bersuara tentang pelbagai isu (walaupun pendapatnya bukan di landasan yang "normal") memberitahu wartawan dalam sidang media tentang kemungkinan menyuntik disinfketan ke dalam darah atau mengguna lampu UV boleh membunuh COVID-19.

Tak tipu, tengok video ni:



Perkara seperti itulah yang menimbulkan tanda soal di minda orang ramai, adakah Trump masih waras?

Kenapa dia bangga sangat dengan keputusannya?

Jika dilihat dalam video oleh Fox News, Trump dilihat sangat bangga dengan keputusan ujian berkenaan, seolah-oleh dia tidak memahami maksud sebenar ujian kognitif.


Trump dilihat mengulangi kebanggaan terhadap pencapaian "markah ekstra" itu seperti dapat markah tinggi dalam ujian IQ. 

Susah ke ujian itu?

Seperti yang dikatakan tadi, ujian itu sangat mudah, melainkan anda mempunyai masalah kognitif atau masalah mental.

Dakwa Trump, jika perkataan itu berjaya dinyatakan mengikut turutan, maka markah lebih akan diberi.


Tapi sebenarnya, tiada markah ekstra boleh diberikan dalam ujian tersebut dan markah hanya boleh ditolak jika jawapan salah.

Apa reaksi orang ramai?

Gambaran Trump menerangkan ujian itu kepada wartawan Fox News telah dijadikan bualan hangat, lagi-lagi di laman sosial Twitter, di mana para netizen memuat naik ciapan seperti berikut:





Ada juga mereka yang menggubal lagu daripada kata-kata Trump itu yang mengulangi lima perkataan (manusia, wanita, lelaki, kamera, TV) berkali-kali dalam video temu bual berkenaan.


Enjoy!



Cover: Foto: Instagram @realdonaldtrump




Trump buktikan dia tak nyanyuk dengan menghafal lima perkataan Trump buktikan dia tak nyanyuk dengan menghafal lima perkataan Reviewed by Hilal Azmi on July 27, 2020 Rating: 5

No comments