Home Top Ad

16 McDonald's ditukar jadi Mekdi


Sempena Hari Kebangsaan yang ke 63, syarikat makanan segera McDonald's tampil menukarkan papan tanda bagi 16 cawangan di seluruh negara dari McDonalds (McD) kepada 'Mekdi'.



Jika anda orang Malaysia anda mesti tahu mengapa 'Mekdi' dipilih, ia sinonim dengan cara orang kita menyebut McD, nama pendek bagi restoran McDonald's.



Lagi menarik, McD turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih cawangan mana yang mereka ingin tukar kepada Mekdi, mimik sistem demokrasi negara.



McD telah memuat naik beberapa entri di laman Facebook rasmi syarikat itu bersama lampirkan link bagi membenarkan rakyat mengundi cawangan pilihan mereka, bermula 15 hingga 21 Ogos 2020.



HURRY! Keep the votes coming! It’s your last day to decide which McDonald’s restaurant is getting a Mekdi signage! Follow the link to see the live leaderboard and to cast YOUR vote! https://bit.ly/2DKbeXz
Posted by McDonald's on Friday, 21 August 2020


Antara cawangan McD yang kini mempunyai papan tanda besar bertulis 'Mekdi' di hadapan kedai termasuk McDonald's Stulang Laut DT, McDonald's Bukit Bintang dan McDonald's KLCC.




Bagaimanapun, papan tanda Mekdi tidak akan kekal, tetapi hanya digunakan sehingga 16 September 2020.



Jika anda ingin melawat mana-mana cawangan Mekdi sebelum tarikh tersebut, jangan lupa untuk memuat naik gambar bersama tanda pagar #Mekdi dan jangan lupa untuk tag kami (@RancakTV)!



Sebelum ini, McD Malaysia pernah mengubah papan tanda cawangan Bukit Bintang kepada Mekdi buat sementara, sempena Hari Kemerdekaan tahun 2019.



Cawangan itu merupakan cawangan pertama yang dibuka di Malaysia sejak 38 tahun dahulu.



Foto: Facebook McDonald's Malaysia
16 McDonald's ditukar jadi Mekdi 16 McDonald's ditukar jadi Mekdi Reviewed by Hilal Azmi on August 28, 2020 Rating: 5

No comments