Home Top Ad

Apa itu Awan Tsunami?




Melaka dilanda ribut kencang pada Selasa, mencederakan sekurang-kurangnya enam murid sekolah rendah, merosakkan bangunan sekolah dan beberapa bangunan lain, serta beberapa buah kenderaan.

Menurut warganet di Twitter yang memuat naik gambar kesan ribut itu, nampaknya kawasan yang paling terjejas ialah Malim, Batu Berendam, Taman Merdeka Permai dan Klebang.

Apa yang menarik, seorang pengguna Twitter telah melaporkan melihat awan gergasi seperti Tsunami yang terbentuk di langit Aceh, Indonesia, sebelum kejadian ribut kencang di Melaka pada pagi Selasa.





Dalam ciapan tersebut, awan hitam yang kelihatan bergulung itu juga dapat dilihat dari perairan Selat Melaka, di arah Timur dari Aceh.


Sebelum ini, CNBC Indonesia melaporkan fenomena sama berlaku di Aceh, yang juga dikenali sebagai awan Arcus, melanda bandar itu.



Apa itu awan Tsunami?


Menurut Badan Meterorologi, Klimatologi dan Geofiska (BMKG) Aceh, awan yang berbentuk seperti gelombang besar  itu adalah awan Arcus.


Awan Arcus yang juga sejenis awan Cumulonimbus (CB), selalunya terbentuk melintang di paras yang rendah di atmosfera bumi.

Ia menyebabkan angin yang kencang, ribut, hujan lebat disertai kilat dan petir, puting beliung dan hujan ais (hail).


Awan yang padat itu terbentuk daripada wap air yang dibawa naik oleh arus angin yang deras.


Apa kaitan awan Tsunami dengan ribut di Melaka?


Setakat ini belum ada laporan mengaitkan kedua-dua fenomena ini.

Bagaimanapun, melihat apa yang berlaku di Melaka, tidak mustahil ribut yang memusnahkan bangunan dan mencederakan orang itu disebabkan oleh awan Arcus di Aceh.




Kami akan cuba mendapat pengesahan mengenai fenomena itu dalam masa terdekat.


Sumber foto: Martin Vysoudil


Apa itu Awan Tsunami? Apa itu Awan Tsunami? Reviewed by Hilal Azmi on August 11, 2020 Rating: 5

No comments