Home Top Ad

Apa itu Super Spreader & apa kaitan dengan Covidiot



Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti beberapa kluster baharu di Malaysia termasuk satu-satunya kluster yang merebak dengan begitu pantas, kluster Sivagangga.

Kluster yang bermula di Kulim, Kedah berlaku apabila kes indeks yang baru pulang dari India didapati tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah.

Bukan saja tak patuh perintah, pemilik restoran itu keluar rumah walaupun mengalami gejala menyebabkan virus merebak ke tiga buah negeri termasuk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menafikan, kluster yang merebak dengan kadar yang lebih pantas itu disebabkan oleh super-spreader.

Apa itu "super-spreader"?

Berikut adalah beberapa perkara bagi membantu anda memahami istilah super-spreader dalam konteks jangkitan COVID-19.

Secara amnya, super-spreader bermaksud satu situasi di mana jangkitan virus berlaku dengan lebih pantas, atau kadar jangkitan adalah lebih tinggi berbanding kadar jangkitan biasa.

Selalunya seseorang individu mampu menjangkiti satu hingga tiga orang, namun bagi super-spreader, seseorang individu mampu menjangkiti sehingga lapan orang.

Menurut kajian oleh Nature Public Health Emergency Collection, dalam situasi pandemik, saintis menggunakan "teori 20/80", iaitu 20 peratus adalah berkemungkinan bertanggungjawab terhadap 80 peratus daripada jangkitan virus secara keseluruhan.


Jangan cium orang yang tak dikenali. Foto: Crawford Jolly @ Unsplash.com

Adakah super-spreader seseorang atau situasi?

Secara tidak formal, istilah super-spreader sering digunakan untuk melabel seorang sebagai culprit (orang yang melakukan kesalahan itu) yang menjadi penyebab kadar jangkitan di sesuatu kawasan meningkat dengan lebih tinggi.

Namun, sebenarnya istilah itu juga boleh digunakan bagi satu situasi atau faktor-faktor yang menyebabkan situasi itu berlaku dan bukan sahaja individu.

Antara faktor-faktor yang pengaruhi super-spreader termasuk cara badan seseorang itu menunjukkan reaksi terhadap jangkitan (bergejala/tidak bergejala), berapa lama virus itu berada di dalam tubuh badan (waktu inkubasi), dan faktor luaran seperti keadaan sesak atau kotor, selain faktor genetik strain virus berkenaan.

Bagaimana boleh terjadinya super-spreader?

Seseorang boleh dikatakan super-spreader jika dia sahaja mampu menjangkiti tujuh hingga lapan orang yang lain.

Sebagai contoh, kluster Sivagangga dianggap kluster super-spreader kerana kes indeks sahaja telah menjangkiti lapan orang pada generasi pertama.

Foto: KKM

Dr Noor Hisham, menganggap situasi super-spreader di Malaysia berkemungkinan disebabkan faktor genetik virus COVID-19 yang menjangkiti kes indeks.

Bagaimanapun, para saintis di Malaysia masih sedang mengkaji bagi memastikan  sama ada virus yang menyebabkan kluster Sivagangga itu merupakan virus 'Genom 164', iaitu sejenis super-spreader, atau bukan.

Mutasi virus itu telah dikesan di beberapa buah negara termasuk Mesir, Pakistan dan negara Eropah.

Jadi apa kaitan super-spreader dengan covidiot?

Dengan kefahaman ini, jika seseorang itu adalah super-spreader tidak bermaksud dia adalah covidiot, malah kita tidak seharusnya menstigmakan (stigmatize) mereka itu.

Melainkan jika mereka secara sengaja tidak mengikut perintah kerajaan dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), seperti punca merebaknya kluster Sivagangga.


Sekumpulan Covidiot naik tren. Foto: Nick Fewings @ Unsplash.com

Mereka, selain yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam, tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah yang patut dilabel covidiot.

Jadi jangan jadi covidiot dan sila bertanggungjawab.

Sumber foto: Fusion Medical Animation
Apa itu Super Spreader & apa kaitan dengan Covidiot Apa itu Super Spreader & apa kaitan dengan Covidiot Reviewed by Hilal Azmi on August 10, 2020 Rating: 5

No comments