Home Top Ad

Bayi Ajaib dilahirkan ketika letupan Beirut

Letupan dasyat yang berlaku di Beirut, Lubnan, 4 Ogos lalu telah memberi kesan buruk kepada seluruh negara itu, di mana lebih 170 dilaporkan mati, sekitar 6,000 cedera dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal.

Di sebalik tragedi yang disebabkan oleh letusan ammonium nitrat yang disimpan di dalam gudang dekat pelabuhan Beirut, satu kisah ajaib yang menyebabkan bulu roma meremang telah menarik perhatian satu dunia.

Seorang bayi lelaki bernama George selamat dilahirkan pada waktu letupan itu berlaku di Hospital St. George, hospital yang paling terkesan teruk akibat letupan.

Apa yang berlaku?

Berdasarkan visual yang dirakam di atas, tak mungkin ada orang boleh terselamat, terutama ibu dan bayi.

Bapa kepada 'Bayi Ajaib', Edmond Knaisser berniat merakam saat-saat terakhir sebelum bayi dilahirkan, namun rakaman detik bahagia itu bertukar ngeri.

Bilik bersalin yang bersiap sedia untuk menerima bayi Emmanuelle Ltief Knaisser, mengalami kemusnahan teruk akibat letupan itu, sebaik sahaja dia dibawa masuk.

Bagaimana George berjaya dilahirkan?

Sumber foto: Facebook Eddy Khnaisser

Pada saat itu, Emmanuelle hanya bertekad untuk melahirkan anaknya dengan selamat disebalik kekecohan itu.

Di hospital itu saja, 17 orang telah dilaporkan meninggal dunia dengan ramai dilaporkan tercedera, termasuk ibu kepada Edmond.

Edmond yang tidak tentu arah, berulang-alik melihat keadaan ibunya yang berada di ruang menunggu dan juga ke bilik bersalin di mana isterinya sedang berusaha untuk melahirkan anaknya.

Doktor obstretik dan ginekologi, Stephanie Yacoub terpaksa lari keluar bagi menyelamatkan seorang jururawat yang tercedera di bilik lain, namun gagal diselamatkan.

Dengan keadaan huru-hara dan bekalan elektrik yang terputus akibat letupan itu, Dr. Yacoub bersama Profesor Elie Anastasiades dan sekumpulan paramedik, berusaha menyelamat bayi George.

Sumber foto: Facebook Eddy Khnaisser

Dengan pertolongan lampu suluh telefon bimbit serta cara bersalin tradisional, akhirnya bayi ajaib itu dilahirkan dengan keadaan sihat.

Selepas itu, ketiga-tiga beranak menaiki kereta bersama orang yang tidak dikenali dan ke hospital di luar Beirut, di mana George dimandikan buat kali pertama.

Sumber foto: Facebook Eddy Khnaisser

Sehingga sekarang Edmond tidak pasti bagaimana mereka boleh teselamat daripada kejadian itu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang tidak berputus asa dan berada di sisi mereka sepanjang masa isterinya mahu melahirkan, anak menerusi satu entri Facebook miliknya.

Foto Cover: Facebook Eddy Khnaisser

Bayi Ajaib dilahirkan ketika letupan Beirut Bayi Ajaib dilahirkan ketika letupan Beirut Reviewed by Hilal Azmi on August 13, 2020 Rating: 5

No comments