Home Top Ad

Betul ke saya ni pembunuh terumbu karang?



Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, pintu keluar masuk negara masih ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan melancong ke luar negara.

Oleh itu destinasi pelancongan di dalam negara semakin menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Sudah tentu, bagi negara tropik seperti Malaysia yang popular dengan pantai-pantai indah dan hidupan laut unik, orang ramai lebih cenderung untuk memilih destinasi percutian pulau atau tepi pantai, di mana mereka boleh melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling.

Di sebalik berseronok dan bercuti-cuti Malaysia, tahu atau tidak, kita sedikit sebanyak menyumbang kepada kemusnahan terumbu karang.

Kemusnahan itu turut menyebabkan kepupusan pelbagai spesis marin, sekali gus memberi impak kepada ekosistem laut dan pemanasan global.


Kompleks kan? Ini penjelasannya.


Sumber foto: Sebastian Pena Lambarri
Macam mana aktiviti pelancongan boleh menyebabkan kematian terumbu karang?

Jika anda pemegang lesen menyelam (diving licence), tidak bermaksud anda mempunyai lesen untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu di dalam laut.

Menurut kajian, penyelam tidak berpengalaman memberi impak yang lebih besar terhadap terumbu karang berbanding penyelam berpengalaman.

Ini kerana penyelam tidak berpengalaman lebih cenderung untuk  merosakkan terumbu karang dengan sirip renang (fins) atau tidak sengaja menyentuh terumbu karang yang berdekatan.

Terumbu karang yang dianggap sebagai spesis haiwan kerana tidak menghasilkan makanan sendiri itu juga sangat sensitif kepada sentuhan.

Tak perlu sentuh banyak atau lama-lama pun, sedikit sentuhan boleh menyebabkan pemutihan (bleaching) terumbu karang dan akhirnya kematian.


Nota: Terumbu karang mengambil masa berpuluh hingga beratus ribu tahun (ada sehingga 300,000 tahun) untuk terbentuk sepenuhnya.


Sumber foto: David Henrichs
Kalau kita tidak menyelam, adakah kita boleh menyebabkan kematian terumbu karang?

Ya, jika anda bukan penyelam dan anda hanya melakukan aktiviti snorkel atau hanya berenang di permukaan laut, anda juga boleh menyebabkan kematian terumbu karang.

Banyak insiden berlaku ketika pelancong melakukan aktiviti snorkel di kawasan perairan cetek di mana pelancong itu secara tidak sengaja memijak terumbu karang itu atau menyentuh kerana tiada pengetahuan tentang haiwan itu, sebaliknya ingatkan ia batu.

Pencemaran yang disebabkan oleh bahan kimia yang dipakai di badan pelancong seperti krim pelindung matahari atau losyen ketika mereka berenang di kawasan terumbu karang juga boleh menyebabkan kematian.


Sumber foto: Francesco Ungaro

Betul ke saya ni pembunuh terumbu karang? Betul ke saya ni pembunuh terumbu karang? Reviewed by Hilal Azmi on August 27, 2020 Rating: 5

No comments