Home Top Ad

Big Stage: Calon juara, Azzam Sham anggap ia masih awal



Nama Azzam Sham menjadi perhatian netizen selepas menyanyikan lagu Salam Sejahtera, nyanyian asal kumpulan Samudera pada konsert pertama Big Stage yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lepas.

Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, tidak sangka persembahannya pada malam itu akan mendapat perhatian dan juga markah yang tinggi daripada semua juri tetap.

“Saya pun sebenarnya tak sangka boleh dapat markah yang tinggi daripada para juri sebab pada malam itu apa yang saya inginkan ialah menyampaikan lagu tersebut dengan sebaiknya” katanya

Tambahnya dia agak gementar untuk menyanyikan lagu tersebut kerana lagu-lagu sebegitu mempunyai peminat yang tersendiri.

Pada masa sama, persembahan Azzam pada minggu tersebut juga membuatkan netizen beranggapan bahawa dia layak bergelar calon juara untuk musim kali ini.

Namun, bagi penyanyi yang berusia 23 tahun itu, ia masih terlalu awal untuk meletakkannya di posisi tersebut.

"Saya tak merasakan saya calon juara, lagi pun saya masuk untuk tonjolkan apa yang saya ada sebab dah lama saya tak keluar di siaran TV" tambahnya.

Untuk minggu kedua Azzam Sham akan membawakan lagu Sinar nyanyian Megat Rahim.

Jangan lupa untuk tonton Big Stage, setiap Ahad, jam 9.00 malam disaluran Astro Ria dan Astro Ria HD.





Big Stage: Calon juara, Azzam Sham anggap ia masih awal Big Stage: Calon juara, Azzam Sham anggap ia masih awal Reviewed by Hilal Azmi on August 21, 2020 Rating: 5

No comments