Home Top Ad

Big Stage: "Ini cubaan saya yang ketiga untuk Big Stage" - Azzam Sham





Setelah sekian lama mendiamkan diri, nama penyanyi Azzam Sham kembali hangat apabila persembahan pertamanya di Big Stage menjadi sebutan ramai.

Bagi Azzam, 23, penampilannya di pentas Big Stage adalah untuk menonjolkan kembali bakatnya selepas lama mendiamkan diri dalam industri seni suara.

"Sebenarnya, saya kembali sebab nak tonjolkan semula bakat saya kepada masyarakat selepas lama mendiamkan diri, sebab beberapa tahun lalu saya sambung belajar," katanya.





Menurut Azzam yang merupakan pemegang Diploma Muzik di ASWARA, penyertaannya dalam program realiti hiburan yang melahirkan juara Sarah Suhairi dan Han Byul, adalah permintaan daripada peminat juga.

"Saya menyertai Big Stage sebab permintaan daripada peminat yang nak lihat saya berada di pentas Big Stage, dan kalau nak tahu ini merupakan cubaan ketiga saya, Alhamdulillah dapat," tambahnya.

Pada masa sama, Azzam juga mengakui bahawa dia meminati muzik bergenre balada namun dia tetap akan mencuba pelbagai genre untuk mengikuti perkembangan muzik semasa. 

Pada minggu ini Azzam akan menyanyikan lagu daripada Megat Rahim iaitu Sinar.

Nak tahu macam mana persembahan Azzam? Ikuti Big Stage pada setiap Ahad jam 9 Malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Foto: Astro Gempak



Big Stage: "Ini cubaan saya yang ketiga untuk Big Stage" - Azzam Sham Big Stage: "Ini cubaan saya yang ketiga untuk Big Stage" - Azzam Sham Reviewed by Hilal Azmi on August 22, 2020 Rating: 5

No comments