Home Top Ad

Big Stage: “Over-confident” sampai jejas persembahan? Ini jawapan Hafiz Zainal


Nama Hafiz Zainal, tidak berhenti-henti disebut oleh netizen selepas persembahan pertama di konsert Big Stage dengan menyanyikan lagu Fly Me To The Moon, nyanyian asal Frank Sinatra.

Lebih mengejutkan persembahannya itu mendapat markah yang agak rendah daripada salah seorang juri tetap Big Stage iaitu Ajai.

Namun, bagi peserta yang sudah mempunyai pengalaman menyanyi selama lima tahun itu, dia mengakui bahawa pada malam tersebut dia tidak memberikan persembahan yang terbaik.

"Saya mengakui bahawa pada malam itu saya tidak melakukan yang terbaik tapi saya akan jadikan ia sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri saya" katanya.

Bagi Hafiz sebelum menyertai pertandingan yang melahirkan juara seperti Sarah Suhairi dan Han Byul dari Korea, dia juga telah mempersiapkan mental dan  fizikal untuk berdepan dengan apa jua cabaran serta kritikan daripada juri dan orang ramai.

Tidak berhenti di situ, ada juga yang menganggap Hafiz "terlalu yakin" di atas pentas kerana mempunyai pengalaman dalam program realiti hiburan,  sehingga menjejaskan persembahan pertamanya pada malam itu.

"Bukan terlalu yakin, saya mengakui memang saya gementar pada malam itu lebih-lebih lagi membuat persembahan dihadapan orang yang saya minat. Lagi pun dekat atas pentas macam-macam boleh jadi, bagi saya malam tu memang saya gemuruh dan ia bukan rezeki saya" tambahnya.

Untuk minggu kedua Hafiz akan menyanyikan lagu 'Katakan Tidak' nyanyian asal Afgan.

Nak tahu bagaimana persembahannya pada minggu ini? 

Jangan lupa untuk tonton Big Stage, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.


Big Stage: “Over-confident” sampai jejas persembahan? Ini jawapan Hafiz Zainal Big Stage: “Over-confident” sampai jejas persembahan? Ini jawapan Hafiz Zainal Reviewed by Hilal Azmi on August 22, 2020 Rating: 5

No comments