Home Top Ad

Boleh ke orang Islam bela anjing?



Walaupun anjing sering dilihat sebagai kotor, tidak sempurna atau najis bagi segelintir masyarakat Islam (lagi-lagi di Malaysia), namun itu tidak bermaksud haiwan itu tidak berhak disayangi.


Gambar di atas ialah Marvela, seekor anjing jenis mongrel kuning yang hanya tinggal dua kaki akibat dipukul dan didera sehingga kedua-dua kaki hadapannya terpaksa dipotong.


Pasangan suami isteri, Nurul Ain Abdul Hamid dan Muhammad Razeef Che Samah telah menyelamatkan Marvela selain 12 ekor anjing dan 400 ekor kucing dan 
memberi tempat perlindungan sementara kepada di S.I Home Shelterpusat perlindungan haiwan milik mereka di Shah Alam. 

Apa tujuan pusat perlindungan itu?


Pasangan itu tampil dengan berani melawan stigma negatif terhadap makhluk Tuhan yang tidak bersalah itu.


Mereka menerima bukan sahaja kucing tetapi anjing di pusat perlindungan tersebut kerana mereka percaya bahawa semua haiwan berhak untuk kehidupan yang baik.


Nurul Ain dan Muhammad Razeef telah membuka telah pusat perlindungan S.I sejak 2012, bertujuan untuk membela dan menjaga haiwan terbiar yang dijumpai sehingga sihat dan bersedia untuk dibawa pulang ke rumah oleh tuan dan keluarga baharu.


Bagi Nurul Ain, walaupun haiwan yang dibela itu sudah meninggalkan pusat perlindungan, perasaan sayang dan rindu tetap ada di hati, lagi-lagi bagi Marvela yang merupakan anjing pertama yang diselamatkannya.


Menurut Nurul Ain, dia menjumpai Marvela dalam keadaan tidak sihat dengan kedua-dua kaki depannya dijangkiti kuman dan terpaksa melalui pembedahan bagi mengamputasi kaki.



Kini, Marvela sudah sihat selepas pembedahan dan sudahpun dibela oleh keluarga baru, Harith Iskandar dan isteri, Dr Jezamine yang menyayanginya sama seperti Nurul Ain dan suami.











A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on



Boleh ke Islam bela anjing?


Kekeliruan sama ada anjing dibenarkan dalam Islam atau tidak masih tidak jelas, namun apa yang jelas ialah kekeliruan itu boleh membawa kepada komen negatif, diskriminasi dan ancaman daripada masyarakat.


Jika dilihat dalam Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, umat Islam tidak dinasihatkan untuk membela anjing hanya jika perlu bagi tujuan pemburuan, keselamatan atau sebab-sebab lain bagi memudahkan dan tidak memudaratkan.


Kepercayaan bahawa anjing dianggap sebagai najis atau tidak adalah berbeza bagi setiap mazhab.


Mazhab Syafie menganggap anjing sebagai najis mughallazah dan wajib untuk disamak (cuci dengan air bercampur dengan tanah sebanyak tujuh kali) jika disentuh.

Bagi mazhab Hanafi, hanya air liur anjing sahaja dianggap najis dan wajib disamak jika tersentuh bahagian itu, manakala mazhab Maliki pula, anjing buruan atau anjing pembantu tidak dianggap sebagai najis dan tidak perlu samak.


BACA: Anjing dan Isu Masyarakat Malaysia

Islam juga mengajar umatnya untuk menyayangi semua makhluk Allah tanpa diskriminasi dan membenci, dan jika kita membantu mana-mana makhluk maka kita akan diberikan ganjaran pahala.









A post shared by Nurul Ain (@nurullainabdulhamid) on
 


Jika ingin menghulur bantuan kepada haiwan-haiwan di S.I Home Shelter, anda boleh menderma pada akaun tertera di bawah:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 562272615543, Muhamad Razeef Che Shamah
Bank: CIMB
Nombor Akaun: 7011298684
Muhamad Razeef Che Shamah
PayPal: muhamad.razeef@ymail.com
Boleh ke orang Islam bela anjing? Boleh ke orang Islam bela anjing? Reviewed by Hilal Azmi on August 12, 2020 Rating: 5

No comments