Home Top Ad

Cerita sebenar SuguPavithra


Kisah pasangan suami isteri, M. Sugu dan S. Pavithra atau lebih gemar dikenali sebagai SuguPavithra menjadi sensasi di semua platform media sosial dan portal berita baru-baru ini.


Pasangan itu pada mulanya dikenal sebagai satu inspirsai, sehingga Pavithra diiktiraf Ikon Anak Bandaraya Ipoh tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana saluran YouTube pasangan itu yang mendapat hampir 800,000 subscribers bagi video masakan.

Tidak lama kemudian, cerita inspirasi itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Sugu didakwa di mahkamah kerana memiliki senjata bahaya, dan pernah mencederakan Pavithra menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit, sekali gus bermula pelbagai spekulasi dan gosip oleh para netizen.

Apa sebenarnya berlaku?

Pada 30 Julai lalu, Pavithra memuat naik satu video di laman YouTube miliknya bersama Sugu, beberapa hari selepas mereka mengaku telah memadam semua video-video lama yang telah mencapai berjuta tontonan.

Dalam video berkenaan, Pavithra tampil seorang diri gigih menerangkan punca masalah mereka bermula dengan masalah kewangan yang melibatkan ahli keluarga mereka yang lain.

Menurutnya, ahli keluarga mereka yang tidak pernah berhubung dengan mereka selama tujuh tahun berkahwin, tiba-tiba muncul untuk meminjam wang, sehingga menimbulkan masalah.

Walaupun Pavithra mengaku suaminya tidak patut mabuk pada ketika itu, dia jamin Sugu bukan kaki mabuk.

Pavithra turut menyalahkan laporan media dan cerita-cerita "palsu" oleh para netizen yang menyebabkan isu mereka yang sepatutnya diselesaikan di antara mereka sekeluarga, dijadikan isu nasional.


Netizen kata apa?

Di zaman kebebasan bersuara, ramai netizen terutamanya golongan wanita tampil memberi pandangan mereka tentang isu pasangan itu dan mengaitkan isu itu dengan keganasan rumah tangga serta hak kesaksamaan wanita atau equal rights yang turut berkait rapat dengan ego lelaki.

Ada juga netizen yang mengata, pasangan itu yang mula terkenal oleh kerana Pavithra, telah menyebabkan pendapatan mereka terus meningkat oleh kerana video mereka tular di YouTube.

Itu menyebabkan Sugu sebagai ketua keluarga berasa tidak puas hati kerana tidak dapat menjana pendapatan untuk keluarganya.



Bagaimanapun, ini hanya spekulasi oleh para netizen dan akhirnya Pavithra sudah memberi penerangan tentang situasi sebenar.

Kita sebagai peminat dan penyokong bakat YouTube Malaysia, patut memberi sedikit ruang bagi pasangan itu menyelesaikan masalah mereka.

Jika anda bertengkar dengan pasangan anda, inginkah anda mahu satu negara tahu?

Kalau tak nak, jangan jadi famous.

Sumber foto: Instagram @official_sugupavithra


Cerita sebenar SuguPavithra Cerita sebenar SuguPavithra Reviewed by Hilal Azmi on August 03, 2020 Rating: 5

No comments