Home Top Ad

Gajet Lain Diumumkan Galaxy Unpacked 2020 Samsung



Selain melancarkan pesanan awal untuk Samsung Note 20 dan Note 20 Ultra, acara dalam talian Galaxy Unpacked mengumumkan beberapa gajet baharu syarikat gergasi Korea itu, namun semua perkara sememangnya sudah dijangka.

Gajet terbaharu adalah Tab S7 dan S7+, Galaxy Watch 3 dan Galaxy Buds Live.


Galaxy Watch 3

Watch 3 kali ini menawarkan ECG (nak cek degupan jantung) dan tekanan darah, tapi hanya untuk pasaran Korea Selatan. Satu yang mengecewakan.

Ada dua saiz, 41mm dan 45mm selain model Bluetooth dan juga LTE, harga bermula RM1,699.

Stok belum ada, kena buat pesanan awal.


Tab S7 dan S7+

Tablet ini datang dengan saiz yang berbeza, dulu skrin 11 inci, yang terbaharu ni 12.4 inci.

S Pen boleh digunakan pada tablet terbaharu ini dan sedia untuk menggunakan rangkaian 5G.

Qualcomm Snapdragon 865 yang dipasang pada tablet ini adalah 25% lebih pantas dan yang terlaju pernah digunakan untuk tablet Samsung.

Harga tidak dipaparkan lagi di laman web Samsung Malaysia.



Galaxy Buds Live

Beans terbaharu ini boleh buat noise cancelation tapi yang penting, ia dibina dengan tiga mikrofon dan sebuah alat yang dipanggil Voice Pickup Unit.

Dengan speaker bersaiz 12mm, Buds Live terbaharu ini diharap memberi pengalaman yang lebih hebat kepada pengguna.

Sound by AKG, sudah pasti memberikan kualiti audio yang terbaik la Buds baharu ni.

Harga RM699, not bad at all.

Ada lagi satu yang diumumkan, Galaxy Z Fold2, tapi itu kita cerita lain hari.


Gajet Lain Diumumkan Galaxy Unpacked 2020 Samsung Gajet Lain Diumumkan Galaxy Unpacked 2020 Samsung Reviewed by Hilal Azmi on August 07, 2020 Rating: 5

No comments