Home Top Ad

Gambar paling pintar dalam sejarah


Mungkin ini gambar paling cerdik sepanjang sejarah peradaban manusia kerana merakam pertemuan paling ramai manusia pintar dalam satu masa di satu tempat.

Ia merupakan gambar para peserta Persidangan Solvay Ke-5 tentang Electron dan Photon pada 24 - 29 Oktober 1927 di International Solvay Intitutes for Physics and Chemistry, Brussels, Belgium. Pada tahun tersebut, mereka membincangkan subjek fizik kuantum yang baru sahaja dirumuskan ketika itu.

Antara sosok yang menerajui pertemuan selama enam hari tersebut adalah Albert Einstein, Niels Bohr dan Marie Curie. 17 orang daripada 29 peserta persidangan itu merupakan pemenang Anugerah Nobel, sebelum dan selepasnya.

Daripada kesemua 29 orang itu, Marie Curie merupakan satu-satunya wanita, dan satu-satunya individu yang memenangi Anugerah Nobel dalam dua disiplin sains yang berbeza.

Persidangan Solvay merupakan cetusan ilham industrialis Belgium bernama Ernest Solvay pada 1912, dianggap sebagai titik tolak perkembangan pesat bidang fizik. Kesinambungannya diteruskan susulan kejayaan pertemuan pertama pada 1911.

Persidangan kelima itu dianggap paling masyhur dalam sejarah penganjuran persidangan tersebut kerana berlaku berdebatan hangat antara pendukung fahaman realisme sains diterajui Einstein dengan mereka yang berpegang kepada instrumentalisme.

Ketika satu perbincangan, Einstien menganjurkan satu siri eksperimen bagi membuktikan bahawa Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg adalah salah. Tegas Einstein, "Tuhan tak bermain dadu", membawa erti bahawa dia percaya ada sebab di sebalik setiap kejadian di alam semesta ini dan teori sains adalah benar dalam menjelaskannya.

Namun, sebagai saintis yang percaya bahawa kejadian sains yang tidak boleh dilihat seperti daya graviti tidak boleh dijelaskan dengan teori, Bohr berkeras mempertahankan Prinsip Heisenberg dengan membalas "Einstein, berhentilah memberitahu Tuhan apa yang perlu Dia lakukan."

Perdebatan itu berlangsung sepanjang persidangan tersebut, malah berlarutan dan disambung pada pertemuan seterusnya tiga tahun kemudian.

Begitulah manusia yang menggunakan akal kurniaan tuhan semaksimanya, tidak pernah berhenti bersoal dan berhujah.

Gambar yang diwarnakan, bersama nama-nama peserta persidangan bersejarah itu.
Gambar paling pintar dalam sejarah Gambar paling pintar dalam sejarah Reviewed by Hilal Azmi on August 25, 2020 Rating: 5

No comments