Home Top Ad

Hanie Soraya tak bertegur dengan Faizal Tahir sehingga...




Semua sedia maklum bahawa penyanyi dan peserta Big Stage musim ketiga, Hanie Soraya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman milik juri tetap pertandingan itu, Faizal Tahir.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hujung Dunia ini akui terkejut apabila mendapat tahu Faizal Tahir merupakan salah seorang juri tetap program hiburan tersebut.

"Saya terkejut lepas tahu bahawa Faizal Tahir merupakan salah seorang juri tetap Big Stage, semasa diumumkan tu, apa yang terlintas didalam fikiran saya adalah akan ada yang berkata bahawa berlaku ketidakadilan semasa penjurian kelak," katanya.

Pada masa sama, Hanie turut berkongsi bahawa dia dan Faizal Tahir langsung tidak bertegur sehingga pada hari penyingkirannya Ahad lepas.

"Saya dan Faizal Tahir sebenarnya tak bertegur sehingga hari saya disingkirkan, pada masa itu barulah saya berkesempatan untuk berjumpa dengan dia dan berborak panjang bersama," 

"Faizal sempat berkata kepada saya bahawa ini bukanlah penamat dan akan ada lebih banyak peluang yang akan datang kepada saya," tambahnya.

Bagi Hanie apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir itu adalah satu tindakan yang sangat profesional kerana tidak mahu menunjukkan berlakunya berat sebelah oleh mana-mana pihak.

Hanie Soraya merupakan peserta pertama yang disingkirkan dalam program hiburan Big Stage pada minggu kedua.

Big Stage 2020 disiarkan setiap Ahad, 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Hanie Soraya tak bertegur dengan Faizal Tahir sehingga... Hanie Soraya tak bertegur dengan Faizal Tahir sehingga... Reviewed by Hilal Azmi on August 29, 2020 Rating: 5

No comments