Home Top Ad

Jangan makan benda-benda ini ketika perut kosong


Semua orang tahu yang sarapan itu penting, tapi tak semua tahu bagaimana untuk bersarapan dengan baik. Bukan sembarang makanan kita boleh makan ketika perut kosong.

Kalau diikutkan sedap tekak, memang apa sahaja makanan boleh dimakan. Tapi kalau anda mahu kekal sihat, ini adalah antara makanan yang tidak elok diambil ketika bangun dari tidur, ketika berbuka puasa atau bila-bila sahaja ketika perut kosong.


1) Tomato


Walaupun tomato adalah sejenis buah yang tinggi pelbagai khasiat terutamanya vitamin C, ia mengandungi asid tanik yang boleh mendatangkan gastrik jika dimakan ketika perut kosong. Buah-buahan citrus seperti limau, lemon dan oren sangat tidak digalakkan lebih-lebih lagi buat penghidap masalah ulser.


2) Minuman berkarbonat


Sudah namanya pun air berkarbonat, atau orang kita panggil air gas, sudah tentu ia akan menyebabkan kekembungan. Banyak sangat minum air gas akan meningkatkan tahap keasidan dalam perut, dan boleh membawa kepada kanser esofagus. 


3) Pastri


Memang kita cenderung untuk capai pastri di dalam peti sejuk kerana mudah dibawa dan dimakan. Tapi ketahuilah hidangan pastri itu banyak kandungan yis (daripada serbuk penaik) yang boleh menyebabkan keradangan pada lapisan perut kita.


4) Makanan pedas


Fikir logik pun sudah jelas, nyata dan terang - makanan pedas mendatangkan sensasi panas dan sudah tentu boleh menyebabkan perut meradang. Walaupun ada lidah dan tekak yang boleh tahan kepedasannya, tidak buat perut kita yang boleh mengalami kesukaran menghadam.


5) Gula-gula/Manisan


Gula memang mudah untuk dihadam, tapi bila ia masuk ke perut yang kosong, badan kita tidak boleh merembeskan insulin yang cukup untuk mengekalkan paras normal kandungannya di dalam darah. Seperkara lagi, ia adalah makanan yang membentuk asid yang boleh mengganggu keseimbangan asid-alkali tubuh.


6) Yogurt


Makanan ini tinggi kandungan asid laktik yang memang banyak manfaatnya, tetapi tidak ketika perut kosong. Ia akan menyebabkan perut akan menjadi lebih berasid dan pelbagai sakit berkaitan sistem penghadaman akan datang menyusul. Seeloknya yogurt diambil 1-2 jam selepas makan sebagai snek.


7) Buah pir


Tak semua buah elok dimakan ketika perut kosong, antaranya buah pir. Buah ini mengandungi serat kasar yang boleh menjejaskan membran mukus yang halus lalu menyebabkan sakit perut. Disarankan campur dengan oat atau bijirin kalau nak makan juga.

Jangan makan benda-benda ini ketika perut kosong Jangan makan benda-benda ini ketika perut kosong Reviewed by Hilal Azmi on August 25, 2020 Rating: 5

No comments