Home Top Ad

Kenapa susah sangat nak bangun tidur?



Pernah tertanya, kenapa anda susah sangat nak bangun pagi walaupun sudah mendapat tidur yang cukup (7-8 jam)?



Jawapan kepada soalan itu ialah kerana secara genetik, anda mungkin seorang yang perlukan masa tidur yang panjang atau dikenali sebagai long sleeper.




Kita selalu dengar, tujuh hingga lapan jam sehari adalah cukup dan masa itu sesuai bagi semua golongan individu, tetapi perkara itu tidak benar kerana setiap individu dicipta berbeza.




(Ya, kita bercakap tentang genetik dan bukan tabiat suka tidur lewat atau sebagainya).




Sebalik long sleeper, kita juga ada short sleeper, percaya atau tidak mereka ini mempunyai mutasi pada gen (genetic anamoly) dan hanya 1 hingga 3 peratus orang jatuh dalam golongan ini (lebih rare).




Mereka hanya perlukan kurang daripada lima jam untuk berfungsi dengan maksimum tanpa berasa penat. Bestkan?

Bengang tidur tak cukup? Kuatkan mental lah... Foto: Yuris Alhumaydy @ Unsplash.com



Apa beza long sleeper dan short sleeper?


Secara genetik, long sleeper memerlukan lebih sembilan jam (>9) untuk berasa segar dan berfungsi dengan baik di tempat kerja atau ketika bersosial.

Namun, jika pekerjaan mereka memaksa mereka tidur kurang daripada sembilan jam sehari, mereka selalunya akan cuba mendapatkan 10 hingga 12 jam pada hujung minggu untuk catch up tidur yang tidak cukup itu.

Ada juga perbezaan di antara short sleeper dengan mereka yang mempunyai penyakit mental (sleep disorder), serta mereka yang memaksa diri untuk tidur dengan singkat setiap malam sehingga ia menjadi tabiat.

Short sleeper secara semula jadi memang akan pilih untuk tidur kurang daripada enam jam walaupun pada hujung minggu.

Mereka ini sering dilihat lebih ceria dan optimis berbanding mereka yang mengalami insomnia, narkolepsi, atau apnea tidur.

Mereka yang memaksa diri untuk tidur dengan singkat tetapi bukan berada dalam kategori short sleeper juga tidak akan kelihatan ceria, kerana secara genetik mereka ini perlukan masa tidur yang lebih panjang.

Mana yang lagi sihat?

Short sleeper atau long sleeper, tidurlah secukupnya, sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk pastikan organ dan badan anda dapat menjalani pemulihan yang cukup.

Sumber foto cover: Vladislav Muslakov @ Unsplash.com 
Kenapa susah sangat nak bangun tidur? Kenapa susah sangat nak bangun tidur? Reviewed by Hilal Azmi on August 13, 2020 Rating: 5

No comments