Home Top Ad

Macam mana nak ambil gambar Insta-worthy?



Pada zaman digitalisasi, media sosial bukan setakat platform untuk bersosial, malah ia lebih serius daripada itu.

Media sosial adalah platform yang mampu menjana sumber pendapatan.


Oleh itu, kemahiran mengambil gambar yang cantik tanpa alat dan teknologi yang terlalu mahal bagi mempromosikan produk, jenama, atau diri anda, kini merupakan satu kemahiran yang sangat berguna.



Berita baik, anda tidak memerlukan kamera mahal-mahal, anda hanya memerlukan telefon pintar, cahaya matahari yang mencukupi dan mata yang pandai bermain dengan sisi dan sudut gambar untuk menghasilkan sebuah gambar instaworthy.



Berikut adalah lima tip untuk mengambil gambar instaworthy, sekali gus menghiasi feed Instagram anda seperti influencer.


1 Lebih simple, lebih baik




Pada pendapat saya, gambar yang lebih simple atau sederhana adalah lebih baik berbanding gambar yang bersepah atau mempunyai banyak subjek dalam satu frame.


Subjek (contoh subjek kali ini ialah gelas diisi kopiharus diserlahkan dengan pertolongan latar belakang yang kosong, mempunyai warna yang lembut atau satu tona warna sahaja, supaya dapat menghasilkan gambar minimalist.


2 Main dengan cahaya matahari




Semestinya kita semua tahu bahawa cahaya matahari adalah lebih baik berbanding cahaya flash.



Ini kerana, cahaya matahari dapat memberi gambaran seperti subjek berada di depan mata dan bukan dalam gambar (3D), sambil mengekalkan tona warna yang semula jadi.



Lagi best jika anda pandai bermain dengan cahaya matahari untuk menghasilkan ilusi bayangan, menambahkan kreativiti pada gambar anda.


3 Jangan terlalu banyak edit




Alat yang mampu edit gambar mungkin mampu membantu anda menghasilkan gambar yang lebih terang atau lebih menyerlah, tetapi apabila terlalu banyak edit, ia boleh menjadikan gambar nampak over saturated, iaitu cahaya atau warna gambar itu menjadi terlalu terang.



Saya suka mengambil gambar menggunakan dua tip di atas (tip 1 dan 2), sambil bermain dengan keterangan (exposure) gambar itu sahaja, tanpa menukar tona warna atau meletakkan filter.



Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang yang suka filter supaya dapat menyeragamkan feed Instagram mereka, itu terpulang kepada cita rasa setiap individu.



Tetapi ingat, jangan keterlaluan dengan filter, atau gambar anda akan kelihatan seperti komik murah.


4 Pandai main dengan sudut




Sudut adalah antara perkara yang paling penting dalam menangkap gambar yang cantik, tetapi tidak ada yang peraturan yang tetap digunakan untuk semua setiap subjek, kerana situasi berbeza bagi setiap gambar yang akan diambil.



Sebagai contoh, gambar makanan selalunya nampak lebih cantik jika diambil dari sudut atas (tegak).

Itu yang kita selalu nampak, orang mengambil gambar makanan mereka sambil berdiri di atas kerusi, supaya dapat gambar betul-betul tegak dari atas.



Tetapi ada juga masa yang gambar itu kelihatan lebih cantik dari sudut tepi atau tidak terlalu menegak.



Ada juga yang sukakan gambar yang nampak lebih real, jadi mereka pakai snap sahaja gambar itu tanpa berkira sudut. 



Semua terpulang kepada anda, asalkan anda ada mata yang pandai memilih gambar yang paling sesuai dengan feed anda.


5 Tidak perlu perfect





Gambar yang paling cantik selalunya ialah gambar yang tidak perfect atau sempurna, lagi-lagi apabila mengambil gambar fesyen atau pakaian anda pada hari itu (#ootd).


Selalunya bagi nampak lebih menarik, cuba mengambil gambar itu dari sudut yang berbeza dan jangan terlalu kemas.

Jika gambar itu sedikit bergegar pun boleh dianggap sebagai artsy.

Selamat mencuba!

Sumber gambar: Instagram @sofiamcoelho dan @sarayamia

Macam mana nak ambil gambar Insta-worthy? Macam mana nak ambil gambar Insta-worthy? Reviewed by Hilal Azmi on August 27, 2020 Rating: 5

No comments