Home Top Ad

Panggil 'sayang' pun salah, inikan tegur bontot orang besar di pejabat


Panggil rakan sekerja sebagai "sayang" dan anda boleh dihukum di mahkamah.



Perbuatan ini yang dianggap sebagai salah satu kesalahan gangguan seksual di tempat kerja, merupakan undang-undang negara Malaysia yang mengutamakan keselamatan kaum Hawa (dan Adam).




Bagaimanapun, undang-undang tersebut hanya untuk di tempat kerja sahaja dan tidak termasuk di ruang awam secara menyeluruh.




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluagra dan Masyarakat (KPWKM) asyik ditekan untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual di Parlimen supaya menggubalnya bagi meliputi ruang awam juga.




(Artikel ini khas untuk wanita)




Macam mana nak tahu saya betul-betul kena gangguan seksual?




Ada dua kategori gangguan seksual, gangguan seksual secara ugutan atau gangguan seksual secara ancaman terhadap ketenteraman peribadi.




Bagi sesetengah wanita, lebih-lebih lagi yang baik hati dan naive (kurang pengetahuan, pengalaman), kadang-kadang susah untuk mengenal pasti jika anda mengalami gangguan seksual.




Kadang-kala anda sendiri tidak pasti sama ada anda diganggu atau itu hanya cara normal bersosial. "Mungkin dia memang suka pegang-pegang, mungkin dia memang jenis terlalu friendly?"




Jika anda pernah berasa tidak selesa oleh kerana perlakuan atau pertuturan seseorang di tempat kerja, anda harus tahu yang anda ada hak untuk membuat aduan.






Apa saya boleh lakukan supaya tidak kena gangguan seksual?




Anda harus sentiasa peka dengan keadaan semasa dan persekitaran dan sentiasa yakin pada diri sendiri.




Yakin, yakin juga tetapi jangan pula salah anggap atau menggunakan undang-undang kerana anda berdendam dengan seseorang, itu juga menyalahi undang-undang.




Sebagai wanita seperti saya, anda juga harus menetapkan had (boundaries) di antara anda dan pekerja jantina lain ikut keselesaan diri anda sendiri.




Contohnya, jika anda tidak suka lelaki itu membelikan coklat dan bunga setiap bulan, atau anda tidak selesa apabila lelaki ini sentuh bahu anda, atau anda berasa terganggu jika dipanggil "sayang", anda harus memberitahunya dengan yakin yang anda tidak selesa. 




Jika perkara itu diteruskan tanpa dia mengambil kisah perasaan anda, ini masa untuk anda menggunakan undang-undang untuk keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri dan pejabat.




Apa majikan harus lakukan?




Ia merupakan tanggungjawab majikan atau syarikat yang anda bekerja untuk adakan satu polisi bagi isu gangguan seksual di tempat kerja.




Selain memberi pendedahan dan pendidikan berkenaan isu tersebut, majikan turut harus memastikan semua kakitangan memahami bahawa syarikat itu tidak akan terima perlakuan jenayah gangguan seksual di tempat kerja.





Di bawah Akta Pekerja 1955, Seksyen 81F ia adalah wajib untuk majikan membuat penyelidikan terhadap setiap aduan yang dibuat oleh kakitangan berkaitan gangguan seksual.




Jika tidak, majikan boleh dikenakan denda RM10,000.





Macam mana nak buat aduan?


Foto: Mihai Surdu
Jika anda atau sesiapa yang anda kenal merupakan mangsa gangguan seksual di tempat kerja, anda boleh membuat laporan polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.



Anda atau kenalan anda juga boleh menghubungi Women's Aid Organization di talian hotline +603 7956 3488, atau All Women's Action Society di talian +603 7877 0224 untuk sebarang pertolongan atau pertanyaan.




Akhir sekali, Mahkamah Persekutuan melalui satu keputusan pada 2016, memberi anda hak untuk menuntut pelaku jenayah, menurut peraturan mahkamah Persekutuan pada 2016.




Hati-hati, para wanita dan ingat, anda bukan bersendirian dalam hal ini.




Sumber foto: Markus Winkler







Panggil 'sayang' pun salah, inikan tegur bontot orang besar di pejabat Panggil 'sayang' pun salah, inikan tegur bontot orang besar di pejabat Reviewed by Hilal Azmi on August 11, 2020 Rating: 5

No comments