Home Top Ad

Pelancong asing tak boleh ke Bali sepanjang 2020




Kepada mereka yang tak sabar nak melancong ke Bali tahun ini, sila batalkan segala penempahan kerana pihak berkuasa Bali tidak membenarkan kemasukan pelancong asing sekurang-kurangnya sehingga tahun depan.




Sedih, tetapi benar, pelan yang sepatutnya membuka semula kepulauan itu secara berperingkat sebelum membuka pintu masuk antarabangsa pada 11 September 2020, dibatalkan sepenuhnya.



Apa yang membuat pihak berkuasa batalkan pembukaan pintu Bali kepada pelancong asing?



Pelan pemulihan Bali yang mempunyai tiga peringkat itu terhenti di peringkat kedua, iaitu hanya dengan membenarkan pelancong domestik menikmati keindahan Bali, yang sudah terkesan buruk akibat tiada kemasukan pelancong selama beberapa bulan.



'Pulau Syurga Terakhir' itu kini mempunyai lebih 4,000 kes positif dan 49 kematian setakat Isnin, namun pihak berkuasa percaya kemasukan pelancong asing boleh menyebabkan lonjakan kepada angka itu.

Foto: Keindahan Pulau Bali oleh Ali @ Unsplash.com



Dengan Indonesia masih bergelut untuk menangani kenaikan kes dan Bali mungkin tidak terlepas daripada ancaman itu.




Setakat ini, terdapat 158,000 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Indonesia dengan 6,858 kes kematian.

Foto: Florian Giorgio di Bali @ Unsplash.com



Lebih baik pintu antarabangsa ini ditutup kerana mencegah lebih baik daripada mengubati, begitu juga dengan ekonomi.

Jadi pencinta sejati Bali harus bersabar buat masa ini dan menikmati keindahan negara masing-masing.




Nantikan artikel tip pelancongan dalam negara yang tidak begitu popular (mainstream) yang anda HARUS kunjungi.


Cover photo: Cassie Gallagos @ Unsplash.com

Pelancong asing tak boleh ke Bali sepanjang 2020 Pelancong asing tak boleh ke Bali sepanjang 2020 Reviewed by Hilal Azmi on August 26, 2020 Rating: 5

No comments