Home Top Ad

POV: Bagaimana Aizzul Jana Pendapatan 5 Angka?





Selama 10 tahun bergantung dengan gaji bulanan, keputusan nekadnya menukar kerjaya akhirnya mengubah hidupnya menjadi lebih selesa.

Aizzul A. Majid, Master Stokis bagi sebuah jenama haruman kereta dan rumah mengakui keputusannya tiga tahun lalu bermula hanya dengan meniru orang.

Baginya, untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah tiru setiap tindakan orang yang berjaya dan bukan hanya mendengar kata-kata mereka.



"Nak berjaya, bukan dengar apa yang orang cakap tapi buat apa yang dia buat. Alhamdulillah, semua yang saya tiru orang itu berjaya.

"Bagaimanapun, dalam perniagaan tiada siapa yang arahkan kita untuk bergerak sebab diri sendiri adalah boss, sebab itu tujuh nilai penting wajib ada," katanya dalam sesi temubual di pejabatnya di Setapak, baru-baru ini.

Memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam bidang fotografi, Aizzul memberitahu, faktor utama beliau ingin meraih lebih pendapatan adalah keluarga dan situasi semasa.

"Saya berani buat perubahan dalam karier sebab saya ada masalah dalam kewangan, syarikat saya mula mengalami masalah membayar gaji saya.

"Situasi itu sekali gus menjadi faktor pendesak lain kepada saya iaitu tak boleh gagal untuk keluarga sebab saya ketua keluarga. 

"Walaupun isteri saya bekerja, tapi saya ada dua anak kecil yang masih bersekolah, jadi untuk keluarga maka saya tak boleh gagal," katanya.



Bermula dengan modal RM300, siapa sangka beliau berjaya meraih keuntungan tiga kali ganda hingga mencecah RM1,200 pada awal pembabitannya dalam bidang perniagaan itu.

"Bulan pertama saya dapat RM1,200 yang pada mulanya saya hanya sasar RM400. Bermula dari situ, saya rasa ini 'best'.

"Alhamdulillah daripada car boot sale, saya menyertai pameran kemudian keuntungan daripada situ baharu ada kedai," katanya.

Dalam masa sama, Aizzul memberitahu, istilah jatuh bangun dalam perniagaan yang sebelum ini hanya didengari akhirnya menjadi realiti ke atas dirinya.



Bagaimanapun, situasi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mengejar impian.

"Masa PKP memang mencabar, bisnes memang bergantung pada online sahaja.

"Saya termenung depan beranda sebab bisnes langsung tak jalan, pendapatan langsung tiada tapi saya percaya situasi itu akan berakhir, tak akan kekal selamanya," katanya.

Berikut tujuh perkara wajib ada dalam untuk berjaya:

1. Percaya, 
- Kena sentiasa positif dan percaya yang kita boleh buat

2. Sanggup,
- Kalau tak sanggup buat, perniagaan itu tidak akan bergerak ke mana-mana

3. Berdikari
- Jangan sesekali tunggu orang

4. Menjiwai
- Kena sayang perniagaan yang kita cipta

5. Rajin 
- Sikap paling penting dan mesti ada untuk memastikan jualan sentiasa ada setiap hari

6. Bertenaga
- Tak boleh lemah atau lembik kerana pembeli akan semangat dan yakin dengan perniagaan kita 

7. Disiplin.
- Diri sendiri adalah majikan, jika tiada elemen ini perniagaan akan mati.

Farhana Joni/pix
POV: Bagaimana Aizzul Jana Pendapatan 5 Angka? POV: Bagaimana Aizzul Jana Pendapatan 5 Angka? Reviewed by Hilal Azmi on August 01, 2020 Rating: 5

No comments