Home Top Ad

POV: Konsert Big Stage diteruskan, tapi dalam norma baharu



Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, banyak sektor harus menghentikan operasi buat seketika.

Ini termasuk dengan aktiviti sosial yang harus diberhentikan buat sementara  dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di dalam negara.

Namun selepas beberapa bulan, akhirnya kerajaan mengumumkan  kelonggaran untuk orang awam menjalani kehidupan seperti biasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Oleh itu, dengan kebebasan yang diberikan, bermula pada 16 Ogos pihak Astro kembali dengan program realiti hiburan pilihan ramai, iaitu Big Stage yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad.

Tapi mesti ada yang tertanya bagaimana dengan jumlah orang yang menonton?

Jangan risau, dalam gaya norma baharu, pihak Astro telah mengehadkan kemasukan penonton daripada 1,000 orang kepada hanya 200 penonton sahaja.

Kemeriahan lebih dirasai apabila pihak Astro juga menjemput semua peminat Big Stage untuk menonton di alam maya yang boleh memuatkan 100 peserta pada satu masa.

Meskipun merasa pelik dan janggal, penonton Big Stage di PICC berpuas hati dengan Astro yang telah menjalankan sebuah konsert yang berlainan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Dari permulaan masuk ke dalam dewan sehingga habis konsert, Astro telah melaksanakannya dengan penuh tertib dan juga sentiasa memastikan mereka yang hadir patuh terhadap SOP.

Nak tahu macam mana pengalaman mereka menonton Big Stage tonton video penuh POV!


POV: Konsert Big Stage diteruskan, tapi dalam norma baharu POV: Konsert Big Stage diteruskan, tapi dalam norma baharu Reviewed by Hilal Azmi on August 23, 2020 Rating: 5

No comments