Home Top Ad

Susah sangat ke nak pakai face mask?


Pakai lah face mask atau pelitup muka tu, bukannya susah sangat.

Mulai hari ini dah wajib kena pakai face mask oi!

Dan pakai lah face mask tu bukan sebab takut kena kompaun RM1,000 tapi sebab menjaga keselamatan dan kesihatan semua orang.

Jangan pentingkan diri sendiri, kalau kau kebal pun, orang lain di sekeliling kamu ada yang tak kebal, jadi janganlah aniaya orang lain.

Pakai lah face mask tu, beli pun bukan mahal sangat.

Beli sekali yang pakai buang tu ataupun nak jimat beli yang boleh dibasuh dan pakai semula. 

Rajinkan lah sikit nak basuh dan keringkan, jadikan lah tabiat seharian yang baru.

Pakai lah pelitup muka tu, mulai hari ini kerajaan dah wajibkan kena pakai face mask /pelitup muka itu di kawasan sesak seperti dalam pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.

Tak pakai kena kompaun RM1,000… tapi seperti dikata awal tadi, janganlah pakai sebab takut kena saman tapi sebab keselamatan.

Tanamkan dalam otak masing-masing.

Jangan terbawa budaya pakai helmet murah dan pakai tali pinggang keledar sekadar elak kena saman, bukan kerana nak selamat.

Bagi premis makanan, kedai runcit, shopping malls tu tolonglah jangan benarkan pelanggan yang tak pakai face mask berada di kawasan anda.

Kalau ada jaga tegur kena pakai face mask, jangan lah pergi pukul pulak dia, mentang-mentang dia pekerja asing, kau buli dia ya.

Tolong lah pakai face mask, bukannya susah pun, tak lulus SRP pun boleh tau nak pakai mask betul-betul.

Pakai mask tutup hidung dan mulut, bukan pakai mask tutup mulut atau dagu saja.

COVID-19 masih ada, SOP kena patuh supaya tak lagi teruk, ada faham?

Pakai lah face mask tu. Pakai betul-betul.

Foto cover: Unsplash.com 
Susah sangat ke nak pakai face mask? Susah sangat ke nak pakai face mask? Reviewed by Hilal Azmi on August 01, 2020 Rating: 5

No comments