Home Top Ad

Tak Sampai Sehari, Jersi Liverpool Terbaharu Habis Dijual


Kebanyakan saiz bagi jersi terbaharu Liverpool keluaran Nike sudah habis dijual pada hari pertama ia dilancarkan dan pembelian dibuka kepada umum di kedai rasmi Nike.

Ini kali pertama perkara ini berlaku sehingga Liverpool sendiri terpaksa mengehadkan jumlah pengunjung ke laman e-commerce pasukan itu yang mula menjual kit terbaharu pada 1 Ogos.

Ia merupakan kit pertama yang dikeluarkan penaja baharu pasukan itu, Nike yang menjanjikan pulangan sebanyak 20% kepada Liverpool bagi setiap jersi yang dijual.

Ada yang terpaksa menunggu sehingga sejam sebelum dapat memasuki kedai online Liverpool itu.


Cerita berbeza di laman web rasmi Nike di mana semuanya normal dan peminat tidak perlu menunggu lama untuk membeli jersi itu secara online.

Dalam pada itu, ada penyokong Liverpool yang tidak berpuas hati dengan harga jualan Nike yang dikatakan agak mahal, tak padan dengan design atau rekaan jersi sulung keluaran Nike.

Ada yang kata ia nampak murah dan terlalu simple, tak padan dengan harga.


Replika jersi Liverpool 2020/21 Nike itu dijual pada harga AS$88 ataupun RM373,  di kedai online Liverpool, manakala edisi pemain Nike Vapor yang sudah dijual di LFC store Singapura SG$179 ataupun RM552. 

Pengedar rasmi barangan Liverpool di Malaysia, Al-Ikhsan dijangka menjual sehelai pada harga RM299, seperti tertera pada laman web Nike Malaysia.

Gambar sebelah kiri merupakan jersi Nike Vapor, edisi pemain yang dijual di Liverpool Store Singapura, lihat perbezaan tekturnya dengan replika biasa (gambar kanan).

Tiada pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini oleh Al-Ikhsan namun pelancarannya akan diadakan pada 6 Ogos ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga seorang penyokong tegar Liverpool dijangka hadir pada pelancaran yang akan diadakan di Football Republic, Sunway Pyramid.


Bagi yang mahu mendapatkannya dari sumber rasmi kelab itu, pesanan awal boleh dibuat di Liverpool FC online store, atau boleh ke kedai rasmi Liverpool di Singapura.




Tak Sampai Sehari, Jersi Liverpool Terbaharu Habis Dijual Tak Sampai Sehari, Jersi Liverpool Terbaharu Habis Dijual Reviewed by Hilal Azmi on August 02, 2020 Rating: 5

No comments