Home Top Ad

TikTok Jejak Pengguna Android Tanpa Kebenaran - WSJ





Wall Street Journal mendedahkan TikTok mengumpul aktiviti harian pengguna Android tanpa kebenaran.

Ia berjaya dilakukan selepas TikTok berjaya menemui memintas halangan untuk mendapatkan MAC address peranti Android.

Benda itu tak sepatutnya boleh dilakukan kerana Google sudahpun menghalang akses untuk mendapatkan MAC address peranti Android dua tahun lepas.


Apa yang TikTok boleh buat kalau dia dapat alamat MAC peranti anda?

Dengan MAC address, aplikasi dan firma analitik boleh membina profil tingkah laku pengguna secara beterusan, tak kisah apa setting privasi yang diletakkan.

WSJ menjelaskan TikTok sudah menghentikan perbuatan tersebut pada November tahun lepas, malah TikTok mendakwa tidak mengumpul data pengguna sebanyak Faceook dan Google.

Apa itu MAC address?

MAC address ataupun media access control address (kawalan capaian media) itu adalah nombor 12 digit yang unik pada peranti anda.

Ia tidak boleh diubah dan bertindak sebagai kad pengenalan peranti Android anda.

Seperti juga kad pengenalan anda, orang lain tidak sepatutnya menyimpan maklumat tersebut tanpa kebenaran.


Nyawa TikTok di Amerika Syarikat di hujung tanduk apabila presiden Donald Trump mengugut untuk mengharamkan penggunaanya di negara itu jika ia tidak dijual kepada syarikat milik Amerika sebelum 15 September.

Bagi yang tak tahu, TikTok ini milik China dan Microsoft sudah bersedia dengan tawaran AS$50 bilion untuk membeli syarikat itu daripada ByteDance China.

Foto: Kon Karampelas @ Unsplash.com



TikTok Jejak Pengguna Android Tanpa Kebenaran - WSJ TikTok Jejak Pengguna Android Tanpa Kebenaran - WSJ Reviewed by Hilal Azmi on August 12, 2020 Rating: 5

No comments