Home Top Ad

5 Rekod Dunia Paling Pelik

Farthest eyeball pop

Seseorang boleh mendapat gelaran dan memegang Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi pencapaian luar biasa, penghargaan sesuatu bakat, sesuatu yang menarik atau luar biasa yang ada pada dirinya.

Contohnya seperti lelaki paling tinggi dalam sejarah (2.72 meter) atau wanita kembar paling tua (103 tahun), atau pelari merentas desa wanita paling laju (2 jam 15 minit 25 saat).

Namun, ada juga rekod yang sangat pelik, kebanyakannya sebab mereka sengaja mencari idea yang belum pernah dilakukan hanya untuk mendapat gelaran Rekod Dunia Guinness.


Ini lima Rekod Dunia yang peling pelik sehingga anda akan fikir, "biar betul manusia sanggup lakukannya, hanya untuk mendapat perhatian?".


1. Paling banyak sudu pada badan



Most spoons balanced on the body
Foto: Guinness World Records

Dalibor Jablanovic dari Stubica, Serbia memegang gelaran Rekod Dunia Guinness bagi kategori paling banyak sudu pada badan manusia dengan sejumlah 79 sudu besi yang diimbang pada badannya.



Gelaran ini diterima Jablanovic pada tahun 2016, yang sebelum itu dimiliki Etibar Elchiyev dari Tbilisi, Georgia dengan sejumlah 50 sudu besi pada badan.


2. Pizza paling besar


Largest pizza
Foto: Guinness World Records

Pizza paling besar dunia mempunyai ruang permukaan sebesar 1,261.65 m² dan dikenali sebagai Ottavia.


Pizza itu disediakan oleh Dovilio Nardi, Andrea Mannocchi, Marco Nardi, Matteo Nardi and Matteo Giannotte dari NIP Food, Roma, Itali.



Walaupun saiznya besar, tetapi jangan risau, Ottavia yang turut memberi maksud "anak ke lapan" bagi memberi penghormatan kepada Octavian Augustus yang ada pengaruh dalam stabiliti ekonomi Roma, turut disediakan 100 peratus tanpa gluten.


3. Masa paling lama tenggelam badan sepenuhnya dalam ais



Josef Koeberl dari Austria mencipta rekod baharu pada 5 September 2020 kerana mampu berdiri dalam kotak diisi ais selama 2 jam, 30 minit, 57 saat.



BACA: Selamba berdiri lebih 2 jam dalam ketulan ais


Sebelum itu pada tahun 2014, Songhao Jin dari Xiamen, China mencipta rekod itu dengan masa 1 jam, 53 minit, dan 10 saat.

4. Paling ramai orang bogel di atas kereta taman tema


Foto: REUTERS/ Suzanne Plunkett
Percaya atau tidak, pada tahun 2019, seramai 195 orang telah menaiki kereta taman tema dengan keadaan bogel.

Sekumpulan yang dikenali sebagai "British Naturism" dari Blackpool, United Kingdom (UK) telah mendapat gelaran itu ketika beramai-ramai menaiki kereta atau roller coaster Grand National di Blackpool Pleasure Beach. Anda berani?

5. Paling banyak pencungkil gigi dalam janggut


Most toothpicks in a beard
Foto: Guinness World Records
Joel Strasser dari Washington, Amerika Syarikat (AS) memegang gelaran paling banyak pencungkil gigi dalam janggut, iaitu sebanyak 3,500 batang pada satu masa.


Strasser mendapat penghargaan Rekod Dunia Guinness itu pada tahun 2018 selepas dia berjaya meletakkan semua pencungkil gigi itu dalam masa 3 jam dan 13 minit. 


Sumber: Guinness World Records



5 Rekod Dunia Paling Pelik 5 Rekod Dunia Paling Pelik Reviewed by Hilal Azmi on September 11, 2020 Rating: 5

No comments