Home Top Ad

Alien wujud di Planet Zuhrah


Macam-macam benda berlaku pada tahun 2020 ni.

New York Times melaporkan kajian terbaharu Nature Astronomy mendapati kemungkinan besar ada kehidupan (alien atau makhluk asing) di Venus ataupun planet Zuhrah.


Dapatan itu berdasarkan terdapat fosfina di atmosfera planet itu, sebuah gas yang terbentuk daripada kehidupan mikrob di bumi.

Semua ini mungkin membuktikan terdapat kehidupan di planet Zuhrah, tapi tak semestinya dalam bentuk alien seperti dekat filem tu.

Wow! Tapi ramai yang menganggap berita ini sebagai satu jenaka, untuk melepaskan stress yang dihadapi akibat pandemik dan lockdown.


Bagaimanapun fosfina yang terdapat di planet itu tidak bermakna ada alien sedang melepak di atas awan Zuhrah, namun setakat ini tiada penjelasan selain wujud alien di planet itu.

Berita ini sudah pasti menggembirakan seorang ahli astronomi Amerika Syarikat, Carl Sagan (1934-1996), yang meramalkan terdapat kehidupan di Zuhrah pada 1967.

Sagan merupakan penyampai rancangan astronomi popular di saluran PBS, Cosmos dan juga penulis buku yang menginspirasikan filem makhluk asing, Contact (1997).

Banyak yang ditulis Sagan yang sangat teknikal dalam bahasa sains-nya tapi apa yang pasti, dia sudah meramalkan satu hari kita akan jumpa kehidupan mikrob di atmosfera Zuhrah, berdasarkan kajian ke atas planet yang hampir sama dengan bumi itu.

Kita tak bersendirian di alam semesta ini? 

Sumber: Mashable Foto cover: JAXA /ISAS/Akatsuki Project Team



Alien wujud di Planet Zuhrah Alien wujud di Planet Zuhrah Reviewed by Hilal Azmi on September 15, 2020 Rating: 5

No comments