Home Top Ad

Angkasawan pun mengundi rupanya

 


Bila agaknya kita boleh jadi secanggih ini? 

Bukan setakat proses membuang undi dibuat secara digital, (tanpa kertas) tetapi angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pun boleh mengundi di luar atmosfera bumi demi Amerika Syarikat.

Proses ini sah dan sudahpun diluluskan sejak 1997, sebelum ISS wujud lagipun.

Angkasawan pertama yang mengundi dari angkasa lepas adalah David Wolf pada 1997, semasa berada di Stesen Angkasa Mir Rusia.

Pada 2004, Leroy Chiao pula mengundi dari angkasa sebelum Michael Lopez-Alegria pada 2006 dan Greg Chamiltoff serta Mike Fincke pada 2008.

(Angkasawan Amerika Syarikat menganggap ia satu penghormatan untuk dibenarkan membuang undi dari angkasa lepas)


Bagaimana angkasawan mengundi dari ISS?


Mereka perlu mengisi borang memaklumkan sebab mereka tidak boleh hadir mengundi di bumi enam bulan sebelum tarikh membuang undi.


Kemudian satu sambungan yang selamat akan dibuat yang menghubungkan angkasawan itu dengan kerani kawasan angkasawan itu mengundi di bumi.


Dari itu mereka akan menghantar pautan bersekuriti untuk pengundian elektronik dilakukan melalui pusat kawalan misi angkasawan itu. 


Hanya kerani yang bertugas dan angkasawan akan mempunyai kata laluan untuk mengakses undi yang dibuat.


Kalau angkasawan di angkasa lepas pun boleh mengundi, apa lagi alasan anda? (selain COVID-19 dan harga tiket kapal terbang yang mahal)


Photo: NASA @ Unsplash



Angkasawan pun mengundi rupanya Angkasawan pun mengundi rupanya Reviewed by Hilal Azmi on September 28, 2020 Rating: 5

No comments