Home Top Ad

Apa itu #MUDAsudahMULA


Selamat tinggal kepada politik lama kerana generasi politik baharu akan bermula.

Itu maksud kepada tanda pagar #MUDAsudahMULA yang kini  trending di Twitter.

Tanda pagar itu mula menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas bekas Ketua Pemuda Bersatu (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan dokumen pendaftaran bagi parti baharu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), semalam.

Sejurus itu, ramai anak muda giat aktif membincangkan hal-hal berkaitan aspirasi dan harapan mereka kepada parti berkenaan.





Antara lain yang dibincangkan ialah isu suara anak muda yang baru-baru ini menarik perhatian orang ramai apabila anak muda Sabah dituduh "menipu" oleh seorang MP.

Veveonah Mosibin dituduh tidak ikhlas dan hanya inginkan perhatian apabila merakam dirinya sedang berada di atas pokok kerana ingin mencari hubungan internet yang lebih baik demi manjalani peperiksaan dalam talian.





Syed Saddiq turut mengingatkan bahawa jika mendepani cabaran dalam pendaftaran parti tersebut, ia akan mengundang kecaman yang hebat oleh golongan anak muda, lagi-lagi menerusi media sosial.

Parti yang akan diterajui golongan belia berbilang kaum itu bukan hanya untuk golongan muda, sebaliknya tidak mempunyai had umur.

Apa yang menjadi janji dan aspirasi parti itu ialah untuk perjuangkan hak-hak kesemua rakyat Malaysia - tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain.


Syed Saddiq yang juga bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menggunakan tanda pagar itu sejak semalam, sempena sambutan Hari Malaysia.





Jadi apa pendapat anda? Adakah MUDA dapat memperjuangkan politik yang segar atau adakah ahli politik baharu ini juga akan mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh ahli  politik lama?

Adakah mereka benar-benar bersedia untuk menerajui negara atau mereka memerlukan banyak lagi pengalaman?

Kongsikan kepada kami.


Apa itu #MUDAsudahMULA Apa itu #MUDAsudahMULA Reviewed by Hilal Azmi on September 18, 2020 Rating: 5

No comments