Home Top Ad

Apa pasal banyak sangat patung tergantung di pulau ini?


Ada satu tempat di sebuah terusan di tengah Mexico City di mana ratusan malah ribuan anak patung digantung di mana-mana. Namanya La Isla de las Muñecas, ertinya Pulau Anak Patung.

Pada asalnya pulau kecil di terusan Xochimilco ini adalah pulau yang dijadikan tanah agrikultur tradisi mereka yang dipanggil chinampa yang dimiliki oleh Julián Santana Barrera. Di situlah bermulanya sebuah legenda seram.

Suatu hari, ada seorang gadis muda ditemukan mati lemas di antara teratai dan tersadai di tebing pulau Barrera. Sejak itu, dia mula mendengar suara bisikan rayu 'Aku mahu patung aku'. 

Takut, Barrera mengambil sebuah anak patung yang ditemuinya di tempat pembuangan sampah dan yang tersadai di tebing pulau lalu digantung pada pokok sebagai azimat menakutkan roh tidak tenang gadis kecil itu.


Begitupun dia, yang tinggal di dalam hutan yang berbatu jauh dari ketamadunan, masih mendengar suara bisikan dan bunyi derapan tapak kaki yang terus mengganggunya siang dan malam. 

Maka selama 50 tahun hidupnya diteruskan kerja menggantung anak patung demi anak patung hingga penuhlah pulau itu dengan pelbagai bentuk, rupa, bahagian badan anak-anak patung.

Pada 2001, Barrera mati. Aneh, mayatnya katanya ditemukan di tempat sama di mana dia menemukan mayat gadis kecil itu puluhan tahun lalu, yang menyebabkan hidupnya dihantui hingga ke akhir hayatnya.

Kerana cerita legenda ini, ia menjadi antara destinasi kunjungan pengembara dan pelancong untuk mengalami keseraman kisah yang didengari dan dibaca mereka itu. Menurut penduduk tempatan, tempat itu sudah 'dijampi'. Begitupun, ada pelancong yang kata mereka mendengar bisikan.

Entah iya entah tidak.


Bagaimana untuk ke sini?

Perjalanannya sejam setengah menaiki bot trajinera dari Embarcedaro Cuemanco. Pakej kembaranya selama sejam merangkumi lawatan ke Kawasan Ekologikal, Muzium Ajolote, Terusan Apatlaco, Lagun Teshuilo dan Pulau Llorona.

Di muziumnya yang dahulunya rumah Barrera, anda boleh membaca artikel dalam akhbar tempatan lama yang menceritakan pulau tersebut dan pemilik-pemiliknya yang terdahulu. Ada stor dan tiga bilik, di mana salah satunya adalah bilik tidur Barrera. Di dalam bilik itu ada tergantung patung pertama yang ditemukannya.


Boleh masuk bucketlist tempat ni. Ada berani?

Sumber: Wikipedia
Apa pasal banyak sangat patung tergantung di pulau ini? Apa pasal banyak sangat patung tergantung di pulau ini? Reviewed by Hilal Azmi on September 03, 2020 Rating: 5

No comments