Home Top Ad

Apa yang akan dilancarkan Apple minggu depan?


Ini gambar daripada macrumors.com


Khabar angin mengatakan iPhone 12 akan dilancarkan pada acara khas dalam talian yang diumumkan Apple dua hari lepas.

Acara tersebut akan disiarkan melalu laman web rasminya pada 15 September. Tahun ini sedikit berbeza kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Bagaimanapun, Apple tidak membuat sebarang pengesahan mengenai tujuan acara yang bakal berlangsung itu diadakan.

Pemerhati menjangkakan iPhone 12 yang bakal dilancarkan itu akan mempunyai kemampuan 5G dan bakal menjadi iPhone pertama boleh disambung ke rangkaian wayarles ultra yang baharu.

Ia juga dijangka dikeluarkan dalam tiga saiz paparan berbeza, yang merupakan penambahbaikan paling ketara sejak iPhone 6.

Namun begitu terdapat juga khabar angin bahawa Apple akan mengadakan satu acara pelancaran khas untuk memperkenalkan siri iPhone terbaharu Oktober depan, dan acara minggu depan hanya membabitkan Apple Watch atau iPad.


Apa yang akan dilancarkan Apple minggu depan? Apa yang akan dilancarkan Apple minggu depan? Reviewed by Hilal Azmi on September 10, 2020 Rating: 5

No comments