Home Top Ad

'We Are The Champions' lagu paling menangkap sepanjang zaman

Freddie Mercury menyanyikan 'We Are The Champions' di konsert Live Aid 1985. (foto screenshot Youtube/LiveAid)

Lagu yang selalu menjadi 'anthem' bagi setiap temasya sukan atau apa-apa pertandingan. Lagu penaik semangat, irama yang mengiringi kemenangan. 'We Are The Champions' adalah lagu kumpulan rock British, Queen yang diterbitkan pada 1977 dalam album mereka 'News of the World'. 

Ditulis dan digubah oleh penyanyinya Freddie Mercury, lagu ini tercipta sebagai reaksi daripada respon audiens yang menghadiri konsert mereka di Bingley Hall, Stafford di mana para penonton menyanyikan lagu 'You'll Never Walk Alone' kepada kumpulan tersebut.

Ia menjelmakan pelbagai elemen dalam genre arena rock, dengan pemain gitar Queen, Brian May menyatakan, "Kami mahu khalayak melambaikan tangan dan menyanyi. Ia sangat menyatukan dan (membawa getaran) positif."

Pada 2011, sekumpulan saintis Goldsmiths University menjalankan satu kajian untuk mencari sebab mengapa sesebuah lagu itu diingati dan menyenaraikan 10 lagu paling menangkap dalam sejarah.

Kajian mereka itu mendapati bahawa 'We Are The Champions', walaupun bukanlah lagu yang menduduki tempat pertama di carta-carta, adalah lagu paling menangkap yang pernah dicipta.

Psikologis muzik, Dr. Daniel Mullensiefen berkata:

"Setiap lagu hit tergantung kepada matematik, sains, kejuruteraan dan teknologi; daripada fizik dan frekuensi bunyi yang menentukan 'pitch' dan harmoni, kepada pemproses dan synthesiser digital berteknologi tinggi yang boleh menambah kesan untuk membuatkan sesebuah lagu itu lebih menangkap.

Kami menemukan bahawa ada sains di sebalik lagu nyanyian ramai (sing-along) dan hubungan istimewa neurosains, matematik dan psikologi kognitif yang boleh menghasilkan ramuan rahsia untuk lagu sing-along yang sempurna."

Dalam kajian itu, pasukannya mendapati ada empat unsur penting dalam lagu sing-along: frasa muzik yang panjang dan terperinci, pelbagai pertukaran pitch dalam hook sesebuah lagu, vokalis lelaki, dan usaha vokal yang ketara oleh suara tinggi daripada lelaki.

Daripada rumusan tersebut, mereka meletakkan lagu 'Y.M.C.A.' nyanyian Village People di tempat kedua, diikuti 'Fat Lip' oleh Sum 41, kemudian 'The Final Countdown' oleh Europe dan 'Monster' nyanyian The Automatic.

*Nota: Dia tak dengar lagi lagu Jamal Mirdad 'Yang Penting Hepi'.

*Sumber: NME, Wikipedia
'We Are The Champions' lagu paling menangkap sepanjang zaman 'We Are The Champions' lagu paling menangkap sepanjang zaman Reviewed by Hilal Azmi on September 23, 2020 Rating: 5

No comments