Home Top Ad

Bahaya 'Benadryl Challenge' di TikTok





Benadryl, sejenis ubat alahan (anti-histamine) yang digunakan untuk merawat alahan atau gejala selsema, juga digunakan anak muda untuk tujuan rekreasi.



Ubat itu dipilih kerana ia boleh diperolehi dengan mudah di kaunter farmasi tanpa preskripsi dan menyebabkan kesan halusinasi jika diambil dengan dos yang banyak.



Bagaimanapun, dadah yang mempunyai bahan aktif diphenhydramine itu sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika diambil melebihi dos yang disarankan.



Sebelum ini, Chloe Phillips, 15 tahun maut kerana mengambil ubat itu dengan terlalu banyak hanya kerana ingin mengikuti satu challenge di aplikasi TikTok, "Benadryl Challenge".



Chloe Phillips, 15 tahun dari Oklahoma, Amerika Syarikat maut pada Ogos 21 akibat pengambilan Benadryl terlebih dos kerana ingin ikuti trend di TikTok.
Foto: Facebook

Apa itu "Benadryl Challenge"?

Challenge atau cabaran itu melihat pengguna TikTok merakam diri masing-masing semasa "trip" atau semasa mengalami kesan mengambil ubat itu dengan banyak, termasuk halusinasi.



Lapor The Sun UK, tiga remaja dari Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) telah dikejar ke wad kecemasan hospital oleh sebab mengambil terlebih dos Benadryl.



Kesemua remaja itu mendakwa mereka ingin mencuba challenge yang sama.



Challenge berkenaan mula ditularkan di aplikasi generasi Z itu sejak Mei 2020.



Namun, selepas beberapa laporan remaja dimasukkan ke hospital kerana menyertai challenge itu, TikTok memadamkan tanda pagar serta beberapa video yang berkaitan.



Apa jadi kalau ambil Benadryl terlalu banyak?



Benadryl mempunyai kesan yang buruk jika diambil melebihi dos yang disarankan iaitu tidak melebihi 25 mg pada satu-satu masa.



Lebih daripada 500 mg iaitu 40 kali lebih daripada dos disarankan, ia boleh menyebabkan halusinasi, meracau (delirium) serta gejala lain termasuk tekanan darah rendah, kadar degupan jantung tinggi, kemurungan secara tiba-tiba, paranoia dan mengantuk yang ekstrem.



Jangan sertai challenge-challenge yang tak memberi keuntungan apa pun kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita.

Akhir sekali jangan main-main dengan dadah atau hisap dadah.


Sumber foto: Walrus.com
Bahaya 'Benadryl Challenge' di TikTok Bahaya 'Benadryl Challenge' di TikTok Reviewed by Hilal Azmi on September 07, 2020 Rating: 5

No comments