Home Top Ad

Bateri Galaxy S20 FE tahan lebih lama berbanding S20

 


Selepas ramai yang mengadu Samsung Galaxy S20 mahal tapi bateri tak tahan lama dan warna juga tak menarik, Samsung mengeluarkan edisi peminat, Galaxy S20 FE untuk menebus kesilapan mereka.


Galaxy S20 SE 5G yang tetap mahal ini datang dengan bateri yang lebih besar iaitu 4,500 mAh, berbanding 4,000 mAh pada Galaxy S20.


Reka bentuk juga berubah untuk setaraf dengan Galaxy Note 20 yang baharu, iaitu kamera 12MP ultra-wide, selain kamera telephoto 8MP dengan kemampuan zoom optikal 3x dan 30x zoom hibrid.


Selfie kamera juga dikuasakan dengan sebuah kamera hadapan 32MP.




Bila kita cakap mahal, Galaxy S20 FE yang akan dikeluarkan tidak lama lagi bakal dijual pada harga RM3,399 di Malaysia, dengan RAM 8GB dan storage 256GB.


BACA: Rakam video lebih profesional dengan Note 20


Lebih banyak pilihan warna untuk dipilih kali ini, iaitu Cloud Mint, Cloud Navy, Cloud Lavender, Cloud Red, Cloud Orange dan Cloud White.


Pesanan awal untuk S20 FE ini boleh dibuat di laman rasmi Samsung bermula jam 10 pagi pada 24 September sehingga 8 Oktober 2020 dan hadiah istimewa menanti anda.


Untuk spesifikasi lengkap, layarilah laman web Samsung.




Bateri Galaxy S20 FE tahan lebih lama berbanding S20 Bateri Galaxy S20 FE tahan lebih lama berbanding S20 Reviewed by Hilal Azmi on September 24, 2020 Rating: 5

No comments