Home Top Ad

Big Stage 2020 : Hafiz Zainal nak bagi "Baby" baru dekat peminat

 

Kontroversi dua markah yang diberikan oleh juri tetap Big Stage, Ajai kepada peserta Hafiz Zainal sememangnya memberikan impak yang sangat besar.


Namanya mula dikenali dan ramai mula menyokong kariernya sebagai penyanyi.


Bagi pemilik nama Muhammad Hafiz bin Zainal, 28, Big Stage merupakan satu platform terbaik buatnya untuk lebih dikenali sebagai anak seni.


"Sekarang orang kenal saya sebagai Dr gigi, tapi kalau boleh saya nak orang kenal saya lebih kepada penyanyi kalau sebelum Big Stage tu agak susah tapi selepas saya mempamerkan persembahan setiap minggu orang lebih nampak saya sebagai penyanyi.


"Jadi platform Big Stage membuka satu peluang untuk saya ketengahkan lagi bakat saya sebagai penyanyi," katanya.


Hafiz yang popular dengan lagu Terasing,  juga berkongsi berita gembira dimana akan mengeluarkan "baby" terbaharunya buat peminat tersayang.


Tambahnya, lagu yang masih belum mempunyai tajuk itu merupakan ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik, dan Freedy dan hanya menunggu masa untuk masuk studio untuk sesi rakaman.


Nak tahu lagu apa, dan genre apa pula yang akan dipersembahkan?


Sama-sama kita nantikan buah tangan terbaharu daripada Hafiz Zainal.



Big Stage 2020 : Hafiz Zainal nak bagi "Baby" baru dekat peminat Big Stage 2020 : Hafiz Zainal nak bagi "Baby" baru dekat peminat Reviewed by Hilal Azmi on September 23, 2020 Rating: 5

No comments