Home Top Ad

Budak lapan tahun bantu beli jaket perlindungan buat polis Amerika Syarikat



Anak kecil pun pandai dan bersifat prihatin terhadap haiwan, tak macam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang lupa ada skuad K9 yang masih bertugas tanpa memakai jaket perlindungan.

Brady Snakovsky dari Ohio, berusia lapan tahun ketika menyedari bahawa ada anjing polis atau tentera bertugas tanpa memakai jaket perlindungan ataupun kalis peluru.

Oleh itu, dia berasa sesuatu harus dilakukan dan memulakan misi untuk mencari dana bagi membantu skuad K9, yang turut berdepan ancaman yang sama seperti manusia.

Apa Brady lakukan?

Brady aktif mencari dana untuk membantu skuad anjing (K9) pihak keselamatan di Amerika Syarikat. Foto: bradysk9fund.com

Dua tahun yang lalu, Brady membuat akaun GoFundMe yang mana orang ramai boleh menderma bagi tujuan membantu skuad K9 pasukan keselamatan mendapatkan jaket perlindungan itu.

Menerusi misi crowfunding itu, Brady berjaya membeli empat set jaket perlindungan untuk empat ekor anjing bertuah.

Itu cerita dua tahun yang lalu.

Kini, Brady, yang kini berusia 10 tahun sudah mengumpul dana sebanyak AS$315,000 secara keseluruhan menerusi akaun amal yang ditubuhkannya bersama ibunya.

Dana itu telah membantu sebanyak 257 anjing K9 termasuk yang bertugas di Afghanistan.

Apa yang kita boleh pelajari dari perkara ini?

Brady bersama Bedford Police Department. Foto: wkyc.com/Bedford Police Department

Tak kira tua atau muda, kita boleh melakukan perubahan.

Contohnya, Greta Thunberg, 15 tahun yang giat aktif memperjuangkan isu pemanasan global dan Marley Dias, 13 tahun yang menegakkan hak wanita berkulit hitam.

Seperti Greta dan Marley, Brady membuktikan bahawa kita tak perlu tunggu dah tua atau menjadi presiden untuk bersuara dan membantu atau melakukan perubahan.

Dalam perkara ini, Brady berjaya mengumpul dana sebanyak AS$315,000 dalam tempoh dua tahun untuk membantu pihak berkuasa. 

Mungkin anak kecil sudah didedahkan dengan pelbagai isu semasa  dan sedar bahawa mereka mempunyai hak untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh generasi terdahulu, demi masa depan manusia sejagat.

Sudah pasti mereka masih memerlukan panduan orang dewasa dan yang berpengalaman untuk menjayakan usaha seperti ini, seperti Brady yang memerlukan ibunya untuk menjayakan kempen ini.


Sumber foto: bradysk9fund.com



Budak lapan tahun bantu beli jaket perlindungan buat polis Amerika Syarikat Budak lapan tahun bantu beli jaket perlindungan buat polis Amerika Syarikat Reviewed by Hilal Azmi on September 08, 2020 Rating: 5

No comments