Home Top Ad

'Selfie cake', menarik atau seram?



Kalau sudah kreatif, apa saja boleh jadi.


Seorang pembuat kek, Natalie Sideserf, bukan sahaja pakar menghasilkan kek ilusi yang hampir sempurna, tetapi kreativitinya kini melangkau satu langkah di hadapan apabila menghasilkan kek wajahnya sendiri.
Dia yang merupakan sensasi media sosial, dengan hampir 200,000 pengikut di Instagram, berbuat demikian kerana mahu mencabar kebolehan diri sendiri.
Untuk menyiapkan kek tersebut, Sideserf menggunakan beberapa keping gambar potret wajahnya dari setiap sudut, bagi memastikan setiap perincian dapat dibuat dengan sehabis baik.
Pemilik Sideserf Cake Studio di Texas ini menggunakan bahan-bahan seperti modelling chocolateyellow cake dan buttercream vanila bagi menyiapkan 'ukiran' kek tersebut.

Mula bergelar baker pada 2008, sebaik tamat pengajian di Ohio State University, Sideserf mengakui proses menghasilkan kek ilusi bukan satu perkara yang mudah.

 
"Mungkin kerana rekaan itu nampak sangat real, ramai beranggapan saya menambah kek dalam rekaan saya, contohnya jika kek itu berbentuk buah mereka akan berkata saya meletakkan kek di dalam buah itu.
"Sekiranya reka bentuknya terlalu rumit, saya perlu buat lakaran merangkumi blueprint struktur dalamannya terlebih dahulu," katanya dalam temubual bersama Forbes, Julai lalu.
Selain kepuasan melihat kek yang dihasilkan menepati gambaran, Sideserf mengakui cukup teruja setiap kali melihat reaksi orang ramai terhadap keknya.
"Orang ramai kebiasaannya cepat membuat kesimpulan, mereka nampak luaran sahaja. Apabila kek dipotong dan ia bukan apa yang mereka fikirkan, reaksi mereka melucukan," ujarnya.

Sumber: Madiha Abdullah, 'Selfie cake', menarik atau seram?
Foto: Instagram @nataliesideserf
'Selfie cake', menarik atau seram? 'Selfie cake', menarik atau seram? Reviewed by Hilal Azmi on September 30, 2020 Rating: 5

No comments