Home Top Ad

Dulu 131 kg, sekarang 87 kg

 



Kerap diserang migrain, pening kepala, tak larat dan tak bermaya?

Itu mungkin berpunca daripada berat badan anda yang semakin meningkat, masalah obesiti dan perlu melalukan sesuatu sebelum terlambat.

Ini cerita Youtuber Mukbang Korea, Yang Soobin yang sebelum ini terkenal dengan video melantak makanan yang popular di rantau ini.



Akibat populariti itu jugalah berat badan meningkat sehingga 131 kilogram dan lama kelamaan, dia berasa lemah, kerap mengalami migrain dan juga senggugut.

Soobin terus insaf dan mula mengatur pelan diet dan senaman.

Dia mula berlatih dengan seorang jurulatih kecergasan peribadi di sebuah gim dan berat badannya mula susut sebanyak sembilan kilogram.

Dari situ dia percaya dia boleh bakar lebih banyak lemak dan mampu kurangkan lebih banyak berat badan.

Dulu obes, sekarang fit! Foto: Facebook Yang Soobin


Nasihat Soobin kepada semua yang berusaha untuk mengurangkan berat badan ialah jangan tergesa-gesa untuk mencapai keputusan atau sasaran.

"Bukan kerana anda tidak mempunyai kemahuan (untuk kurang berat badan), tetapi dalam hati anda terburu-buru (untuk kurus)."

"Oleh itu, jangan menjalankan pelan makanan / bersenam yang sukar, ubah cara berfikir anda dengan mengubah perkara kecil selangkah demi selangkah dan berfikir bahawa anda menjalankan tabiat sihat ini selamanya.” kata Soobin di Facebooknya.

Ingat buat bukan kerana nak kurus, tapi nak sihat. Tak semesti body macam Miranda Kerr baru seksi, kerana anda akan kelihatan seksi dan cantik jika sihat dan aktif.

Soobin mencapai berat badan 87 kilogram (susut 44kg) dalam tempoh 500 hari, anda juga boleh melakukannya!


Dulu 131 kg, sekarang 87 kg Dulu 131 kg, sekarang 87 kg Reviewed by Hilal Azmi on September 24, 2020 Rating: 5

No comments