Home Top Ad

Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian



Memberi ubat kepada kucing adalah cabaran yang diakui ramai pemilik. Tidak hairanlah, ada pemilik yang sanggup ke klinik haiwan semata-mata mahu meminta doktor atau jururawat membantu memberi ubat kepada si comel mereka.


Namun, seekor kucing bernama Liam ini mungkin satu dalam sejuta. Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.
Dalam beberapa siri video TikTok yang tular, pemilik Liam memaklumkan si comel itu tahu dia memerlukan inhaler untuk membantunya.
"Liam tidak pernah mengamuk, ia tahu ubat itu diperlukannya," kata pemilik menerusi akaun video TikTok @MomoTheBengal.
Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.
Foto: Instagram @momothebengal

Menerusi video-video yang dikongsi, Liam dilihat akan datang apabila pemiliknya menggoncangkan inhaler dan tanpa banyak kerenah, akan berbaring untuk menyedut inhaler.
Cerita pemiliknya lagi, Liam mula menghidap lelah selepas terbabit dalam satu kemalangan.
"Liam dilanggar kereta ketika ia masih kecil. Satu keajaiban melihat ia sembuh, tetapi ia mula menghidap lelah selepas itu," katanya.
Tidak diketahui berapa usia Liam sekarang, namun kucing itu, biarpun terpaksa menerima dua kali sedutan inhaler sehari, hidup bahagia bersama pemiliknya dan teman baiknya, Momo.

Sumber: Madiha Abdullah, Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian
Foto: Instagram @momothebengal
Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian Reviewed by Hilal Azmi on September 30, 2020 Rating: 5

No comments