Home Top Ad

Gordon Ramsay cari orang untuk keliling dunia bagi rancangan terbaharunya!


Berita baik buat semua kaki makan! Chef selebriti terkemuka, Gordon Ramsay sedang mengerjakan sebuah projek baharu yang melibatkan makanan (sudah tentu), cabaran epik dan kembara antarabangsa - dan dia sedang mencari orang yang sesuai untuk itu.

Kini, syarikat penerbitannya, Studio Ramsay sedang membuka uji bakat untuk para remaja berusia 16 hingga 21 tahun untuk siri televisyen baharu itu yang katanya bakal disiarkan di 'rangkaian utama'.

"Rancangan ini akan melihatkan cabaran-cabaran luar biasa di negara-negara menakjubkan serata dunia," kata Ramsay dalam satu video promosi pencarian bakat itu di Twitternya.

Dia mencari orang berbakat yang sangat cintakan makanan dan kembara, terutamanya mereka yang mempunyai 'rasa ingin tahu yang kuat untuk meneroka dan mengalami budaya-budaya baharu.'

Ya, pasti timbul persoalan 'tengah pandemik COVID-19 ni, boleh ke?.' Semuanya telah dijelaskan di laman web pencarian bakat rancangan tersebut iaitu penggambaran akan dibuat dengan mengikut segala protokol yang digariskan di setiap negara lokasi.

Anda diminta untuk menyediakan gambar headshot, pautan ke akaun media sosial masing-masing dan video ringkas menjelaskan mengapa anda layak untuk menyertai rancangan tersebut. Diminta untuk jelaskan keghairahan anda terhadap makanan, kemahiran kulinari dan kongsikan 'benda paling mencabar yang pernah dimakan.'

Malah anda juga akan ditanya tentang signature dish beberapa chef personaliti, pencapaian terdahulu dan ketakutan serta fobia anda.

Berminat dan rasa layak? Apa lagi, cubalah nasib dengan memenuhi butiran yang diperlukan di laman web pencarian bakat Studio Ramsay. Tarikh tutup 3 Oktober ini. Cepat

*Sumber: Insider
Gordon Ramsay cari orang untuk keliling dunia bagi rancangan terbaharunya! Gordon Ramsay cari orang untuk keliling dunia bagi rancangan terbaharunya! Reviewed by Hilal Azmi on September 20, 2020 Rating: 5

No comments