Home Top Ad

Kenapa anda selalu digigit nyamuk




Pernah terfikir kenapa anda seorang saja asyik kena gigit nyamuk, tapi orang sekeliling anda tak kena, walaupun berada di tempat yang sama?

Tak aci kan? Tetapi jangan risau, anda bukan seorang diri kerana anda mungkin termasuk dalam golongan 20 peratus manusia yang lebih cenderung digigit nyamuk, menurut kajian makmal Profesor Perubatan Enntomologi di University of Florida, Jonathan Day.

Ini beberapa fakta tentang serangga yang mendapat namanya daripada perkataan Latin yang bermaksud "lalat kecil", serta mengapa anda sering dijadikan target.

Adakah saya mempunyai "darah manis"?

Orang tua-tua selalu kata, jika seseorang itu sering digigit nyamuk, dia semestinya mempunyai "darah manis". Tetapi secara realitinya, darah manis atau kurang manis bukan menjadi faktor utama nyamuk mencari makan.

Sebaliknya, nyamuk betina itu yang mencari sumber protein daripada darah untuk digunakan bagi pembentukan telur, akan menggunakan deria melihat dan deria bau semasa mencari mangsa.

Macam mana nyamuk boleh melihat saya?

Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil, kerana nyamuk sebenarnya merupakan serangga yang mempunyai deria melihat yang efektif dan bertambah baik pada waktu lewat petang.

Teknik pertama yang digunakan awek (atau nyamuk betina) ketika memancing mangsa adalah menggunakan deria melihat untuk mensasarkan mangsa yang memakai pakaian berwarna gelap, seperti hitam, biru pekat, atau merah.

Selain itu, pergerakan turut menjadi faktor yang boleh menyebabkan nyamuk nampak dan serang bahagian badan mangsa.

Adakah nyamuk lebih suka orang yang "berbau"?

Nyamuk tidak terpikat kepada orang yang berbau, namun lebih terpikat dengan karbon dioksida (CO2).

Selain itu nyamuk juga tertarik kepad mereka yang mempunyai kadar metabolik yang tinggi seperti wanita mengandung dan juga mereka yang minum banyak beer.

Bukan itu sahaja, tetapi nyamuk juga tertarik dengan asid laktik yang selalu terhasil apabila bersenam, aseton, sejenis bahan kimia yang ada pada nafas, dan juga haba badan yang lebih tinggi.

Ada juga kajian yang mendakwa nyamuk lebih tertarik kepada mereka yang mempunyai darah jenis O berbanding mereka yang mempunyai jenis darah A dan B.

(Namun saya tidak setuju dengan kajian itu semata-mata, tidak, tidak, tidak).

Sumber foto: Erop Kamelev


Kenapa anda selalu digigit nyamuk Kenapa anda selalu digigit nyamuk Reviewed by Hilal Azmi on September 21, 2020 Rating: 5

No comments