Home Top Ad

Kenapa bila dekat dengan tandas, lagi nak terkencing?



Perasan atau tidak, ketika anda dalam perjalanan pulang ke rumah dan apabila sampai sahaja pintu rumah, tiba-tiba rasa tak tahan nak pergi tandas?

Ataupun pernah terjadi di tempat kerja apabila nak terkencing dan sampai di depan pintu tandas sahaja semakin teruk tak tahan nak terkencing.

Anda bukan seorang diri kerana keadaan itu dikenali sebagai latchkey incontinence.

Apa itu Latchkey Incontinence?

Latchkey incontinence merupakan kondisi tidak mampu mengawal pundi kencing.

Sesiapa sahaja boleh mengalami kondisi ini, namun ia sering berlaku kepada golongan wanita mengandung, warga emas atau seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gejala sama.



Kenapa keadaan lagi teruk apabila sampai di pintu?

Biasanya, minda manusia akan mengaitkan rumah dengan tandas, dan tandas dengan tempat membuang air kecil/besar.



Oleh itu, apabila kita mendekati tandas, secara separa sedar, minda kita akan mencetuskan perasaan ingin kencing, sekali gus menyebabkan otot-otot yang dikaitkan dengan urinasi turut diaktifkan.




Perkara itu turut disebabkan oleh tabiat di mana seseorang selalu akan mengosongkan pundi kencing sejurus sahaja sampai di rumah.




Itu akan menyebabkan perasaan ingin kencing bertambah dengan ketara apabila sampai di rumah atau di pintu tandas, walaupun ia sebenarnya hanya sekadar permainan minda.




Jika tabiat seperti itu dibiasakan, ia tidak mustahil suatu hari nanti anda betul-betul terkencing di hadapan pintu rumah.




Bolehkah kondisi ini dirawat?

Oleh kerana latchkey incontinence bukan sejenis penyakit, ia tidak boleh dirawat.



Namun, anda mampu mengurangkan keadaan tersebut dengan beberapa teknik atau tabiat baharu termasuk mengguna pintu lain apabila sampai di rumah.




Jika rumah anda hanya ada satu pintu, cara lain ialah untuk membiasakan diri dengan tidak terus ke tandas selepas pulang ke rumah dan sebaliknya membuat aktiviti lain dahulu sebelum mengguna tandas.


Sumber foto: Curology


Kenapa bila dekat dengan tandas, lagi nak terkencing? Kenapa bila dekat dengan tandas, lagi nak terkencing? Reviewed by Hilal Azmi on September 07, 2020 Rating: 5

No comments